Siapakah Manusia part 2
HUBUNGAN MANUSIA SESAMA MANUSIA
Manusia
adalah mahluk sosial; yang selalu memerlukan perhatian, teman dan kasih sayang
dari sesamanya. Setiap diri terikat dengan berbagai bentuk ikatan dan hubungan,
diantaranya hubungan emosional, sosial, ekonomi dan hubungan kemanusiaan
lainnya. Maka demi mencapai kebutuhan tersebut adalah fitrah untuk selalu
berusaha berbuat baik terhadap sesamanya. Islam sangat memahami hal tersebut,
oleh sebab itu silaturahmi harus dilaksanakan dengan baik. Silaturahim
dijalankannya antara lain dengan saling mengunjungi yang sakit, saling
membantu, tidak berbuat fitnah dan juga saling menghormati.Rasulullah
bersabda:
Maksud:
“Orang yang bangkrut ialah mereka yang datang di hari kiamat
dengan membawa pahala shalat, puasa dan zakat tetapi
sekaligus membawa (dosa) mencaci orang, memfitnah dan menganiaya
serta menyiksa sesama semasa hidupnya” .
Dengan
adanya hubungan dan silaturahim yang baik antara manusia ini, maka ia akan
mengantarakan manusia kepada kemudahan, ketenangan dan kedamaian di dunia.
Sepertimana yang dikatakan oleh Allah dalam Al-Quran surah An-Nisa ayat 86:
Maksud:
“Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah
penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa).Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu
Begitu
juga sabda Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam
Muslim:
Maksud:
“Wahai manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan, sambungkanlah
tali silaturahmi dan dirikanlah shalat pada malam hari ketika manusia
tertidur niscaya kamu masuk surga dengan selamat.”
Undang-undang
Islam sebenarnya mementingkan hubungan sesama manusia menjangkaui batasan
agama. Umat Islam menjalinkan hubungan sesama mereka dan begitu juga dengan
orang bukan Islam. Dasar tetap digariskan merangkumi prinsip toleransi,
keadilan, kebajikan dan belas ihsan kepada bukan Islam. Prinsip utama dalam
melayani orang bukan Islam ialah mereka hendaklah diberi layanan sama rata
dengan umat Islam melainkan atas beberapa aspek saja. Pengecualian ini amat
terhad dan selalunya hanya berkisar dalam perkara yang membabitkan ibadat saja.
Orang
bukan Islam berhak mendapat perlindungan dalam negara Islam. Hak ini merangkumi
perlindungan daripada pencerobohan luar dan kezaliman dari dalam negara.
Golongan bukan Islam berhak menikmati keamanan dan kestabilan hidup. Hak ini
adalah hak sama yang dikecapi orang Islam. Pemerintah Islam bertanggungjawab
untuk melindungi walaupun setitik darah mereka. Orang Islam di dalam negara
Islam juga adalah dilarang sama sekali menyakiti orang bukan Islam atau
mencerobohi diri, keluarga harta atau agama mereka sama ada melalui tangan
(kekuasaan) ataupun lidah mereka. Apatah lagi umat Islam ditegah daripada
membunuh mereka ini. Ini adalah disebabkan hak perlindungan yang tetap ini
meliputi darah, jiwa dan tubuh mereka, begitu juga harta benda dan kemuliaan
mereka.
Islam
menjamin orang bukan Islam mengamalkan agama mereka. Orang bukan Islam bebas
menganuti agama, kepercayaan dan beribadat mengikut agama mereka. Orang bukan
Islam tidak boleh dipaksa menganut agama Islam dan tidak akan ditekan
semata-mata agar mereka memeluk Islam. Sejarah membuktikan bahawa Islam
disebarkan bukan melalui mata pedang tetapi kerana keindahan dan keadilan Islam
itu yang menambat hati orang bukan Islam memeluk Islam.
Orang
bukan Islam juga bebas menjawat jawatan di dalam kerajaan Islam selain jawatan
yang membabitkan hal keagamaan seperti ketua negara, ketua angkatan tentera,
ketua hakim dan sebagainya yang mana jawatan itu membabitkan urusan agama.
Dalam urusan lain tiada halangan bagi orang bukan Islam menyandang jawatan
kerajaan berkenaan.
Islam telah menyusunnya dengan begitu terperinci satu persatu
dengan tujuan mempastikan supaya kehidupan hamba Allah itu berjalan dengan
penuh harmoni,dengan penuh selesa,dengan penuh damai dan jayanya. Disusun
begitu rupa bermula daripada beberapa adab dan disiplin yang begitu banyak yang
antaranya disusun adab-adab berkeluarga, adab-adab kehidupan berumah tangga,
adab bersuami isteri dan adab beranak pinak. Ini semata-mata bertujuan agar
keluarga itu dapat mengecapi kebahagiaan sebagaimana yang diungkapkan “Baiti
Jannati” yang ertinya Rumahku Syurgaku.
Kemudian disusun pula dengan adab-adab berjiran tetangga atas
dasar hormat-menghormati supaya kehidupan sekampung dan sehalaman itu selesa
berbahagia agar tidak bersengketa antara satu dengan yang lain.
Islam juga tidak cuai dalam menyusun adab dan disiplin hubungan
antara sesama umat Islam,yang bermatlamatkan untuk benar-benar dapat
merealisasikan apa yang Allah S.W.T. firmankan dalam al-Qur'an dalam surah
Al-Hujurat ayat 10:
Maksud: “Sebenarnya
orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua
saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu
beroleh rahmat.”



Tiada ulasan:
Catat Ulasan