Keramat Hati: Siapakah Manusia part 2

Siapakah Manusia part 2



HUBUNGAN MANUSIA SESAMA MANUSIA

Manusia adalah mahluk sosial; yang selalu memerlukan perhatian, teman dan kasih sayang dari sesamanya. Setiap diri terikat dengan berbagai bentuk ikatan dan hubungan, diantaranya hubungan emosional, sosial, ekonomi dan hubungan kemanusiaan lainnya. Maka demi mencapai kebutuhan tersebut adalah fitrah untuk selalu berusaha berbuat baik terhadap sesamanya. Islam sangat memahami hal tersebut, oleh sebab itu silaturahmi harus dilaksanakan dengan baik. Silaturahim dijalankannya antara lain dengan saling mengunjungi yang sakit, saling membantu, tidak berbuat fitnah dan juga saling menghormati.Rasulullah bersabda: 

Maksud: “Orang yang bangkrut ialah mereka yang datang di hari kiamat dengan membawa pahala shalat, puasa dan zakat tetapi sekaligus membawa (dosa) mencaci orang, memfitnah dan menganiaya serta menyiksa sesama semasa hidupnya” .

Dengan adanya hubungan dan silaturahim yang baik antara manusia ini, maka ia akan mengantarakan manusia kepada kemudahan, ketenangan dan kedamaian di dunia. Sepertimana yang dikatakan oleh Allah dalam Al-Quran surah An-Nisa ayat 86:

Maksud: “Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa).Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu

Begitu juga sabda Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim:

Maksud: “Wahai manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan, sambungkanlah tali silaturahmi dan dirikanlah shalat pada malam hari ketika manusia tertidur niscaya kamu masuk surga dengan selamat.”

Undang-undang Islam sebenarnya mementingkan hubungan sesama manusia menjangkaui batasan agama. Umat Islam menjalinkan hubungan sesama mereka dan begitu juga dengan orang bukan Islam. Dasar tetap digariskan merangkumi prinsip toleransi, keadilan, kebajikan dan belas ihsan kepada bukan Islam. Prinsip utama dalam melayani orang bukan Islam ialah mereka hendaklah diberi layanan sama rata dengan umat Islam melainkan atas beberapa aspek saja. Pengecualian ini amat terhad dan selalunya hanya berkisar dalam perkara yang membabitkan ibadat saja.

 Orang bukan Islam berhak mendapat perlindungan dalam negara Islam. Hak ini merangkumi perlindungan daripada pencerobohan luar dan kezaliman dari dalam negara. Golongan bukan Islam berhak menikmati keamanan dan kestabilan hidup. Hak ini adalah hak sama yang dikecapi orang Islam. Pemerintah Islam bertanggungjawab untuk melindungi walaupun setitik darah mereka. Orang Islam di dalam negara Islam juga adalah dilarang sama sekali menyakiti orang bukan Islam atau mencerobohi diri, keluarga harta atau agama mereka sama ada melalui tangan (kekuasaan) ataupun lidah mereka. Apatah lagi umat Islam ditegah daripada membunuh mereka ini. Ini adalah disebabkan hak perlindungan yang tetap ini meliputi darah, jiwa dan tubuh mereka, begitu juga harta benda dan kemuliaan mereka.

Islam menjamin orang bukan Islam mengamalkan agama mereka. Orang bukan Islam bebas menganuti agama, kepercayaan dan beribadat mengikut agama mereka. Orang bukan Islam tidak boleh dipaksa menganut agama Islam dan tidak akan ditekan semata-mata agar mereka memeluk Islam. Sejarah membuktikan bahawa Islam disebarkan bukan melalui mata pedang tetapi kerana keindahan dan keadilan Islam itu yang menambat hati orang bukan Islam memeluk Islam.

Orang bukan Islam juga bebas menjawat jawatan di dalam kerajaan Islam selain jawatan yang membabitkan hal keagamaan seperti ketua negara, ketua angkatan tentera, ketua hakim dan sebagainya yang mana jawatan itu membabitkan urusan agama. Dalam urusan lain tiada halangan bagi orang bukan Islam menyandang jawatan kerajaan berkenaan.

Islam telah menyusunnya dengan begitu terperinci satu persatu dengan tujuan mempastikan supaya kehidupan hamba Allah itu berjalan dengan penuh harmoni,dengan penuh selesa,dengan penuh damai dan jayanya. Disusun begitu rupa bermula daripada beberapa adab dan disiplin yang begitu banyak yang antaranya disusun adab-adab berkeluarga, adab-adab kehidupan berumah tangga, adab bersuami isteri dan adab beranak pinak. Ini semata-mata bertujuan agar keluarga itu dapat mengecapi kebahagiaan sebagaimana yang diungkapkan “Baiti Jannati” yang ertinya Rumahku Syurgaku.

Kemudian disusun pula dengan adab-adab berjiran tetangga atas dasar hormat-menghormati supaya kehidupan sekampung dan sehalaman itu selesa berbahagia agar tidak bersengketa antara satu dengan yang lain.

 Islam juga tidak cuai dalam menyusun adab dan disiplin hubungan antara sesama umat Islam,yang bermatlamatkan untuk benar-benar dapat merealisasikan apa yang Allah S.W.T. firmankan dalam al-Qur'an dalam surah Al-Hujurat ayat 10:   

Maksud: “Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Keramat Hati Urang-kurai