Perbezaan Akidah Islam Dan Yahudi
MUQADDIMAH
Agama
Islam dan Yahudi merupakan antara agama samawi yang diturunkan oleh ALLAH S.W.T
kepada rasul-Nya untuk memimpin kaum-kaum yang telah diamanahkan. Namun
demikian hanya agama Islam yang diturunkan kepada junjungan besar Rasulullah
S.A.W untuk menjadi ikutan umat hingga akhir zaman. Malangnya, hingga ke hari
ini masih ada lagi yang bertuhankan ataupun bertunjangkan agama Yahudi.
Walaupun agama Yahudi merupakan
salah satu dari agama Samawi tetapi ia tetap berbeza daripada agama Islam dan
Nasrani. Ini dapat dibuktikan daripada hubungan sejarah dan ajaran agama Yahudi. Dalam satu buku yang bertajuk ‘Sejarah
Agama Yahudi Dan Kitab Perjanjian Lama: Satu Pengenalan Dan Analisa’
tulisan Mohd Fikri Bin Che Hussain berjaya mengupas persoalan-persoalan mengenai
agama Yahudi yang mana telah dirakamkan dalam al-Quran dan al-Hadith. Dalam
buku ini banyak menerangkan tentang kitab perjanjian lama Yahudi. Bukan itu
sahaja ideologi Kabbalah juga ada dihuraikan di sini. Yang mana ideologi Kabbalah
ini adalah satu bentuk amalan mistik yang paling popular di dalam fakta-fakta
konspirasi dunia.
Apa yang perlu diperhatikan ialah
agama Yahudi merupakan satu bangsa yang sukar untuk difahami kerana mereka
tidak sahaja memusuhi Islam sejak zaman nabi Ibrahim malah antara mereka
sendiri juga berkonflik dalam menegakkan cabang-cabang ideologi pemikiran suku
masing-masing.
Di sini pengkaji akan membawakan
perbezaan antara agama Islam dan Yahudi untuk dikongsi kepada semua. Semoga
dengan perkongsian ilmu yang sedikit ini dapat menambah pemahan kita semua.
Segala yang terlebih dan terkurang dalam kajian ini harap dimaafkan.
1.0
SEJARAH KEDATANGAN DAN ASAL USUL BANGSA YAHUDI
Asal usul Yahudi tradisinya bertarikh sekitar alaf
kedua SM kepada patriakh, Abraham,
Isaac
dan Jacob. Stala Merneptah, bertarikh 1200 SM, adalah
salah satu dari rekod arkeologikan terawal dari orang Yahudi di Tanah Israel, dimana agama Yahudi,
satu agama monotheisme dibangunkan. Menurut pada akaun Biblikal, orang Yahudi
menikmati tempoh keazaman-sendiri pertama
dibawah kehakiman Biblikal dari Othniel melalui Samson, kemudian pada tahun 1000an SM, Raja David
mendirikan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota dari Negeri Kerajaan Kesatuan Israel dan
Judah (Kesatuan Monarki)
dan dari sana memerintahnya Duabelas Suku Israel.
Pada 970 SM, anak lelaki David, Solomon menjadi raja
Israel. Kurang dari sedekad Solomon mula membina Kuil Suci yang dikenali
sebagai Kuil Pertama. Selepas kematian Solomon tahun 930 SM, sepuluh
suku utara berpisah membentuk Kerajaan Israel. Pada 722 SM orang Assyria
menakluk Kerajaan Israel dan mengusir Yahudi yang bermula di Aspora Yahudi.
Tempoh Kuil Pertama berakhit sekitar 586 SM setelah
orang Babylon menakluk Tanah Israel dan memusnahkan Kuil Yahudi. Pada 538 SM
selepas lima puluh tahun dari tawanan Babylon, Raja Parsi Cyrus membenarkan
orang Yahudi kembali membina semula Baitulmaqdis dan Kuil suci. Pembinaan Kuil
kedua telah siap pada 516 SM semasa pemerintahan Darius. Apabila Iskandar agung
menakluk Empayar Parsi, Tanah Israel jatuh dibawah kawalan Greek Hellenistik.
Lewat abad ke-18, istilah Yahudi dan penganut
Yahudi telah menjadi sinonim dan agama Yahudi adalah ikatan prima dari
orang yahudi tanpa mengira darjat keanutan. Berikutan zaman Enlightenment dan
saudara Yahudinya Haskalah, satu transformasi berlaku semasa dimana ramai
Yahudi datang menjadi satu ahli dari bangsa Yahudi.
Kata nama Ibrani “Yehudi” (plural Yehudim)
asalnya dirujuk kepada suku Judah. Kemudian, apabila Kerajaan Israel utara
berpisah dari Kerajaan Israel Selatan, Kerajaan Israel Selatan mula merujuk
dirinya dengan nama dari suku pradominannya atau sebagai Kerajaan Jodah.
Istilah ini asalnya dirujuk kepada orang dari Kerajaan Selatan. Walaupun
istilah B’nei Yisrael (Bani Israel) masih digunakan untuk kedua-dua
kumpulan. Kata Inggeris Jew diperolehi dari Yehudi
yang digunakan pertama kalinya dalam kitab Ibjil untuk merujuk kepada orang
Yahudi.
PERBEZAAN AQIDAH ANTARA
ISLAM DAN YAHUDI
1.1
TAUHID DAN KETUHANAN
Yahudi
Orang-orang Yahudi beriktiqad bahawa keesaan Allah
itu bererti satu Tuhan yang khusus untuk kaum Bani Israil sahaja disamping
percaya bahawa wujudnya lain-lain Tuhan untuk kaum manusia-manusia yang lain.
Bani Israil percaya bahawa Tuhan juga melakukan perbuatan sama seperti gerak
geri manusia seperti makan, minum, bersiar-siar di dalam Syurga dan sebagainya.
Bahkan bagi mereka Tuhan adalah berjasad sama seperti manusia.
Tuhan Bani Israil (Yahweh) disifatkan sebagai Tuhan yang bengis, jahat, pendendam,
tidak kuat, lemah, letih, berbuat kerosakan, menumpahkan darah, menyesal dan
sebagainya. Kenyataan ini selaras dengan firman Allah dalam al-Quran yang
bermaksud:
64. Orang-orang Yahudi berkata: “Tangan Allah
terbelenggu", Sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah
yang dila'nat disebabkan apa yang Telah mereka katakan itu. (Tidak demikian),
tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka; dia menafkahkan sebagaimana DIA kehendaki…”
(Surah al-Maidah: 64)
Mereka
juga mengatakan bahawa Tuhan mempunyai anak seperti firman Allah yang
bermaksud:
116. Mereka (orang-orang kafir) berkata:
"Allah mempunyai anak". Maha Suci Allah, bahkan apa yang ada di
langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah; semua tunduk kepada-Nya.
(Surah al-Baqarah: 116)
Islam
Dalam Islam Allah tidak dikhususkan
untuk sesuatu bangsa, bahkan Dia berhak disembah oleh setiap makhluk ciptaanNya
yang mengaku akan keesaanNya. Dan sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah.
Orang-orang Islam beriktiqad bahawa kewujudan Allah swt dan kejadianNya tidak
sama dengan kewujudan dan kejadian makhluk-makhlukNya. Bahkan juga segala apa
yang terlintas difikiran manusia itu bukanlah sifat Allah yang hakiki. Hal ini
dapat dibuktikan melalui firmanNya yang bermaksud:
11. “ ...
tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia…”
(Surah al-Syura: 11)
4. “Dan
tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."
(Surah al-Ikhlas: 4)
Sesungguhnya Allah pada iktikad
orang-orang Islam mempunyai nama-nama yang baik jdan sifat-sifat yang sempurna
yang layak bagiNya. Mahasuci Allah dari segala sifat-sifat kekurangan
lebih-lebih lagi sifat yang mengaibkan. Dalam aqidah Islam Allah tidak beranak
apatah lagi diberanakkan. Mahasuci Allah dari perkara-perkara sedemikian. FirmanNya
yang bermaksud:
Katakanlah:
"Dia-lah Allah, yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung
kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, Dan
tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.
(Surah al-Ikhlas: 1-4)
1.2
KONSEP KENABIAN
Yahudi
Nabi di sisi mereka adalah gsama seperti manusia
biasa yang terdedah kepada dosa dan maksiat dan mereka itu tidak ‘maksum’. Antaranya sebagai pemabuk,
penzina, pembunuh, penipu, penyembah berhala dan sebagainya. Bangsa Yahudi ini
hanya percaya kepada sesetengah nabi sahaja dan mengengkari sesetengahnya yang
lain. Bahkan mereka sanggup membunuh nabi mereka jika tidak selarian dengan
nafsu dan kehendak mereka.
Bangsa Yahudi juga mempercayai bahawa syari’at
lhanyalah satu. Iaitu bermula dan berakhir dengan nabi Musa. Mereka tidak
mengharuskan berlakunya ‘nasakh’
syari’at nabi Musa sama sekali. Mereka mengharuskan berlakunya ‘raj’ah’ dengan mengatakan nabi Harun
mati ataupun hilang dan akan kembali semula.
Islam
Dalam Islam, mereka percaya bahawa para nabi adalah
‘maksum’ iaitu suci dari segala dosa
dan maksiat. Ini kerana ianya boleh menjatuhkan maruah sesorang nabi dan akan
menghilangkan hikmah diutuskan nabi sebagai pembimbing manusia. Firman Allah
yang maksudnay:
75.
“Allah memilih utusan-utusan-(Nya)
dari malaikat dan dari manusia; Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha
Melihat”.
(Surah
al-Hajj: 75)
Orang-orang Islam mempercayai akan
setiap rasul yang diutuskan oleh Allah tanpa membeza-bezakan mereka. Mereka
beriman dengan kesemua para rasul sebagaimana yang telah diperintahkanNya.
Barang siapa tidak percaya pada mana-mana rasul maka dia akan menjadi kafir.
Dalam kepercayaan Islam juga dalam konteks kenabian, sesungguhnya Allah swt
telah menurunkan beberapa syari’at melalui beberapa orang rasul-rasulNya. Ianya
tidak terhad kepada seorang rasul sahaja.
Menurut iktiqad orang-orang Islam,
nabi Muhammad saw adalah penutup kepada perutusan nabi-nabi yang diutuskan
untuk semua bangsa manusia. dengan itu tidak ada lagi rasul hsesudah baginda.
Ini dengan sendirinya menunjukkan bahawa syari’at yang dibawa oleh baginda
telah memansuhkan syari’at yang terdahulu. Ini kerana agama yang diredhai Allah
hanyalah agama Islam. Justeru itu, hanya syari’at yang terkandung dalam ajaran
Islam sahaja yang layak diguna pakai oleh manusia.
Islam adalah agama yang menentang
akan keharusan terjadinya ‘raj’ah’.
Dalam Islam seseorang yang telah mati setelah sampai ajalnay hanya akan
dibangkitkan semula setelah berlakunya kiamat.
1.3
KEDUDUKAN DI SISI TUHAN
Yahudi
Bagi agama Yahudi mereka beranggapan bahawa agama
mereka mendapat kedudukan yang tertinggi di sisi Tuhan. Orang Yahudi percaya
bahawa mereka adalah bangsa yang mempunyai darjat tertinggi. Bangsa ini juga
berkeyakinan bahawa mereka adalah anak-anak Allah dan kekasih-kekasihNya. Allah
berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:
18.
Orang-orang Yahudi dan Nasrani
mengatakan: "Kami Ini adalah anak-anak Allah dan
kekasih-kekasih-Nya". Katakanlah: "Maka Mengapa Allah menyiksa kamu
Karena dosa-dosamu?" (kamu bukanlah anak-anak Allah dan
kekasih-kekasih-Nya), tetapi kamu adalah manusia(biasa) diantara orang-orang
yang diciptakan-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa
yang dikehendaki-Nya. dan kepunyaan Allah-lah kerajaan antara keduanya. dan
kepada Allah-lah kembali (segala sesuatu).
(Surah al-Maidah: 18)
Islam
Berbeza dengan agama Islam, mereka
diajar dengan ajaran bahawa semua manusia itu sama sahaja darjatnya. Hanya yang
membezakan kedudukan mereka di sisi Allah adalah ketakwaan mereka terhadap
Allah. Sesiapa yang melakukan kebajikan akan dibalas dengan balasan Syurga dan
sesiapa yang melakukan kejahatan akan disiksa. Sesungguhnya Allah berkuasa ke
atas hamba-hambaNya. Rasulullah saw telah bersabda pada Haji Wida pada tahun ke
10 H yang bermaksud:
‘Orang yang termulia dikalangan kamu di sisi
Allah ialah orang paling bertaqwa dari kalangan kamu, tidak ada kelebihan
orang-orang arab ke atas orang-orang ‘ajam melainkan taqwa’
1.4
AKHLAK
Yahudi
Menurut Yahudi “Tujuan
menghalalkan cara”. Menghalalkan khianat, dusta dan perbuatan keji sebagai
jalan untuk mencapai tujuan.
Islam
Menurut ajaran Islam pula, segala perbuatan maksiat
dan keji adalah terlarang sama sekali untuk diamalkan. Segala cara yang membawa
kepada berlaku perkara tersebut walaupun bertujuan baik adalah diharamkan.
Islam berpegang dengan kata-kata “Tujuan
tidak menghalalkan cara”
1.5
IBADAT
Yahudi
Tempat peribadatan orang Yahudi dikenali sebagai
Sinagog ataupun Synagogue. Cara pengibadatan mereka dilakukan pada hari jumaat
malam sabtu secra berjemaah di mana sekurang-kurangnya sepuluh orang lelaki.
Cara ibadat mereka dimulai dengan seorang pembaca
berjubah dan bersongkok hitam, membaca rangkaian pujian kepada Tuhan, pengakuan
tentang keesaanNya dan berterima kasih di atas bantuanNya di atas mimbar. Ianya
diiringi dengan bacaan amidah iaitu pujian kepada Tuhan atas kebajikan dan
penjagaan yang dilimpahkan kepada bani Israel. Segala doa dan pujian tersebut
dibacakan dalam bahasa Ibrani.
Islam
Bagi umat Islam mereka melakukan ibadat khususnya
solat dilakukan di Masjid atau pun Surau. Umat Islam mengerjakan sembahyang
lima kali sehari semalam. Pada hari jumaat umat Islam akan mengerjakan
sembahyang Jumaat yang dilakuka pada waktu zohor. Ianya juga mempunyai syrat
pelaksanaan iaitu mestilah mempunyai empat puluh orang jemaah lelaki. Solat
Jumaat ini merupakan peringatan yang dikhususkan untuk kaum lelaki.
Ibadat-ibadat lain seperti puasa, zakat, haji akan
dilakukan pada waktu-waktu yang tertentu. Namun, iabadat-ibadat sunat lain
boleh dilakukan pada bila-bila masa aslkan ianya tidak bertentangan dengan
syariat Islam.
KITAB
2.1
YAHUDI
Taurat
Kitab Taurat ialah salah satu daripada empat buah
kitab Islam. Kitab ini mengandungi wahyu Allah Taala kepada nabi Musa as. Ia
diturunkan khusus untuk nabi Musa as. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kitab
Taurat yang bermaksud Syari’at (perundangan) kepada nabi Musa as yang menjadi
panduan bagi Bani Israil disepanjang kehidupan mereka. Firman Allah yang
bermaksud:
44. Sesungguhnya kami Telah menurunkan Kitab
Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan
Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah
diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka,
disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi
saksi terhadapnya. Karena itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi)
takutlah kepada-Ku. dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang
sedikit. barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah,
Maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.
(Surah al-Maidah: 44)
Diantara ajaran-ajaran asal Taurat
ialah apa yang dikenali juga dengan “Wasiat Sepuluh” (Kitab Ulangan).
Namun seperti yang diketahui bahawa kitab Taurat yang asli yang Allah turunkan
kepada nabi Musa as telah tiada lag, disebabkan berlakunya penyelewengan
terhadap ajaran-ajaran dalam kitab tersebut.
Keadaan ini terhasil apabila
kerajaan Israi dan Yahuda yang memerintah Bani israil Berjaya dihancurkan
termasuk juga kitab Taurat yang asli yang berada di dalam peti besi, sehingga
menyebabkan Eizra (imam besra Bani Israil) menulisnya kembali.
Disebabkan itu, bagi bangsa Yahudi,
kitab suci mereka terkandung di dalam Bible iaitu kitab hasil dari sekumpulan
tulisan-tulisan agama Yahudi dari zaman lebih kurang 1000 tahun SM. Khasnya apa
yang dinamakan sebagai “Perjanjian Lama” oleh orang-orang
Kristian mereka meyakini bahawa tulisan-tulisan yang terkandung di dalamnya
adalah wahyu Ilahi yang diturunkan kepada nabi-nabi Bani Israil.
Bahagian yang tersuci daripada kitab
Bible itu adalah Torah (Taurat) iaitu kitab yang terletak pada pangkal Bible
yang disebut “Pentateuch” dalam bahasa Yunani yang bermaksud “lima
buah kitab” iaitu yang terdiri daripada:
- Kitab
Kejadian (Genesis) / Sifru al-Takwim:
Ø Meriwayatkan kejadian langit dan bumi
Ø Menjelaskan kisah nabi Adam hingga nabi
Yusuf
Ø Memaparkan tentang kejadian alam
sehingga kepada anak cucu nabi Yaakob dan bani Israil
- Kitab
Keluaran (Exodus) / Sifru al-Khuruj
Ø Menceritakan tentang kisah Bani Israil
di Mesir dan kisah seruan nabi Musa as, kisah perpindahan mereka menuju
Palastin dan kisah bani Israil yang tersesat di padang pasir selama 40 tahun
Ø Menjelaskan tentang hukum-hukum, cara
ibadat, muamalat dan hukum jenayah
Ø Menceritakan tentang 10 wasiat yang
diwahyukan oleh Allah kepada nabi Musa sebagai ajaran dan larangan untuk bani
Israil
- Kitab
Imamat (Leviticuc) / Sifru al-Lawiyin
Ø Menceritakan tentang syariat atau
perundangan yang perlu dipatuhi oleh orang-orang Yahudi dalam kehidupan
seharian mereka meliputi persoalan ibadat khusus tentang sembelihan dan korban,
hari kebesaran, nazar dan tebusan dosa.
- Kitab
Bilangan (Numbers) / Sirfu al-A’daad
Ø Sempena peristiwa nabi Musa yang
membilang pemuda-pemuda yang berumur dalam lingkungan 20 tahun ke atas selepas
mereka terselamat dari Firaun iaitu seramai 603550 orang kecuali puak Levi
Ø Berkaitan dengan undang-undang cemburu,
laknat kerana tuduhan berzina dan pengakuan-pengakuan.
- Kitab
Ulangan (Deutronomy) / Sifru al-Tahnih
Ø Menceritakan tentang hukum Syariah
Yahudi khususnya dalam peperangan, politik, ekonomi, muamalat harian, hukum
denda serta hal ehwal peribadatan.
Selain Taurat yang terdiri dari lima kitab/safar
itu, ada lagi dalam 34 kitab/safar (Asfar Lampiran Taurat) yang menjadi
pegangan orang-orang Yahudi. Ianya merupkan himpunan (majmu’) dari pelbagai
catatan sejarah, riwayat dan kisah-kisah, wasiat dan pengajaran dari nabi-nabi
Bani israil sesudah nabi Musa dan sebelum pembuangan Babylon sehingga ke zaman
sebelum lahirnya nabi Isa. Juga mengandungi riwayat dan kisah raja-raja,
pendeta serta orang-orang terkemika bani Israil.
Walupun jelas ianya bukan bersumberkan dari wahyu
Ilahi, kitab-kitab tersebut tetap memiliki kedudukan dan kesucian yang sama
seperti kitab Taurat. Hasil gabungan dari Kitab Torah (5 Kitab) dan kitab-kitab
34 tersebut maka menjadikan jumlah keseluruhannya 39 kitab yang juga dikenali
dengan nama “Perjanjian Lama”
Talmud
Kitab Talmud merupakan salah sebuah kitab yang
disucikan oleh orang-orang Yahudi di sisi Taurat. Ianya disusun sesudah Perjanjian
Lama. Ianya berasal dari perkataan “Lumud” yang bererti “ajaran”.
Talmud adalah sebuah kitab yang berisi ajaran-ajaran
Yahudi yang berbentuk riwayat-riwayat yang diterima dari mulut ke mulut,
generasi ke generasi secara turun temurun yang dikenali sejak dahulu hinggalah
sekarang. Riwayat-riwayat tersebut ada yang berupa kisah, riwayat pengajaran,
hukum-hukum, nasihat-nasihat dan sebagainya yang disusun oleh ratusan tokoh
agama Yahudi sejak lebih 5000 tahun yang silam.
Ianya merupakan kitab aqa’id (kepercayaan)
ornag-orang Yahudi yang berperanan sebagai penafsir dan ringkasan dari semua
pengetahuan dan ajaran yang diyakini oleh Bani Israil. Sekitar tahun 150 masihi
seorang “hakham” (Pendeta) bangsa Israil bernama Yudas telah
mengumpulkan ajaran-ajaran berbentuk “syafawi”
itu ke dalam sebuah kitab kemudian menyusunkannya dan menamakannya dengan “Misyna”
atau “Midrash”.
Sehubungan dengan itu kitab Misyna ini telah
menghimpunkan riwayat-riwayat yang ditulis oleh hakhamaat / pendeta Yahudi dari
masa Yudas 150M hinggalah kepada Yahuza 216M. Disebabkan sebahagian orang-orang Yahudi ada yang
merasa sukar untuk memahamkan secara langsung akan isi-isi kitab Misyna itu,
maka para hakhamaat Yahudi mula menuliskan huraian-huraian atau tafsir dan
syarah bagi kitab Misyna itu yang mereka namakan “Gemara” yang bermaksud
penyempurnaan. Melalui Misyna dan Gemara inilah timbulnya sebuah kitab yang
mereka namakan dengan Talmud.
Adapun Misyna yang mengandungi tambahan dan huraian
dari hakhamaat Yahudi Juruselem maka dinamakan dengan “Talmud Juruselem”. Ini
bermakna Misyna yang mengandungi tambahan-tambahan dan huraian dari hakhamaat
Yahudi Babylon maka dinamakan dengan “Talmud Babylon”. Sesungguhnya hampir kesemua bangsa Yahudi
mempercayai bahawa Talmud itu adalah wahyu Allah. Mereka berkeyakinan bahawa
Allah telah menurunkan kitab Taurat kepada nabi Musa di Bukit Thursina secra
bertulis, tetapi Allah memberikan Talmud kepadanya secara lisan.
Dengan itu kedudukan Talmud pada pandangan mereka
setaraf dengan Taurat, bahkan ada dikalangan Yahudi ramai yang berkeyakinan
bahawa Talmud lebih tinggi kedudukannya dari Taurat, dengan alasan bahawa
Talmud ini sudah ada sebelum terjadinya alam semesta. Disebabkan itu tidak
dikira sempurna iman seseorang Yahudi itu jika tidak beriam bersungguh-sungguh
akan ajaran tersebut.
Di antara keutamaan dan kesucian Talmud ialah meeka
mengatakan bahawa di dalam Taurat terdapat hukum-hukum orang yang melanggarnya
tidak dihukum mati, tetapi orang-orang yang melanggar Talmud walaupun hanya
sehuruf sahaja dia mesti dihukum bunuh. Didalam kitab Talmud yang asli juga ada menyebut
bahawa ucapan-ucapan pendeta adalah benar. Apa yang diucapkan oleh pendeta
ditetapkan merupakan syariat Allah. Bahkan pendeta itu adala Tuhan. Kerana dia
dipandang “Yehova” bahkan lebih besar dari Tuhan. Sekiranya terdapat hukum
yang berlainan antara hukum Allah dengan pendeta, maka yang benar adalah
pendeta.
2.2
ISLAM
Al-Quran
Al-Quran ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut
ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada nabi Muhammad saw
melalui perantaraan malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara
mutawatir. Perihal diturunkan al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul
Qadar. Al-Quran diturunkan kepada nabi Muhammad secara beransur-ansur selama 23
tahun.
Bukti al-Quran
Mengenai bukti bahawa al-Quran itu datang dari
Allah, dapat dilihat dari kenyataan bahawa Al-quran adalah sebuah kitab
berbahasa Arab yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Orang-orang arab telah berusaha keras mencubanya,
akan tetapi tidak terhasil. Ini membuktikan bahawa AQuran bukan berasal dari perkataan
mereka. Mereka tidak mampu menghasilkan karya yang serupa, ada tentangan dari
Al-Quran dan usaha dari mereka untuk menjawab tentangan itu. Kemungkinan kedua
yang mengatakan bahwa A-Quran itu karangan Nabi Muhammad s.a.w adalah
kemungkinan yang juga tidak dapat diterima oleh akal. Sebab, Nabi Muhammad
adalah orang arab juga. Bagaimanapun cerdiknya, tetaplah ia sebagai seorang
manusia yang menjadi salah satu anggota dari masyarakat atau bangsanya. Selama
seluruh bangsa arab tidak mampu menghasilkan karya yang serupa, maka masuk akal
pula apabila Nabi Muhammad s.a.w yang juga terrmasuk salah seorang dari bangsa
Arab tidak mampu menghasilkan karya yang serupa. Oleh kerana itu, jelas bahawa
Al-Quran itu bukan karangan Nabi Muhammab s.a.w.
KEDUDUKAN WANITA DALAM AGAMA
4.1 YAHUDI
Setelah diperhatikan melalui
kitab-kitab agama Yahudi maka dapat disimpulkan bagaimana kedudukan jwanita
yang begitu hina sekali dalam agama mereka. Wanita dianggap najis atau kotoran,
sumber dosa dan kederhakaan, asas kepada segala bentuk kecurangan, seorang yang
tidak boleh dipercayai. Mereka dianggap beracun dan berbahaya dimana mereka
mesti dihapuskan dan dimusnahkan daripada ala mini. Kaum wanita dilarang untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan apatah lagi untuk mengajarkan kaum lelaki. Inilah
diantara penghinaan terhadap kedudukan kaum wanita dalam agama Yahudi.
Setelah kita memerhati pandangan dan
adat yang ada samada mengikut bangsa atau pun agama selain daripada Islam
khususnya kepada agama Yahudi yang menjadi topik perbincangan kita dapatlah
disimpulakan bagaimana martabat kaum wanita yang begitu hina dan rendah di sisi
mereka. Wanita tidak pernah diakui keistimewaan dan hak mereka dengan
sewajarnya.
4.2 ISLAM
Setelah
kedatangan Islam kedudukan martabat wanita telah diangkat dan tidak lagi
seperti zaman Jahiliyah dahulu. Pada zaman sekarang, wanita boleh mewarisi
harta peninggalan, ini jelas bezanya daripada wanita pada zaman dahulu yang
langsung tidak mempunyai hak. Kedudukan wanita sudah dipandang mulia malah
sudah setanding dengan kaum lelaki jika dilihat dari sudut ekonomi dan juga
didalam sesuatu profesion dalam sesuatu pekerjaan. Dari segi tampuk kepimpinan
pula, ramai dari golongan wanita yang menjadi tunjang utama dalam mengemudi
sesuatu urusan penting syarikat mahupun urusan negara.
Walaubagaimanapun wanita Islam sekarang tidak
sampai kepada tahap melanggar syariat-syariat Islam yang sudah menetapkan
bahawa kaum lelaki yang mempunyai hak tertinggi contohnya dalam perkahwinan dan
lain-lain lagi. Jelas kita lihat bahawa kedudukan wanita sejak kedatangan Islam
hingga ke hari ini telah terbela. Di mana mereka telah mendapatkan hak yang
sewajarnya. Dalam aspek perkahwinan contohnya mereka juga mempunyai hak sebagai
seorang isteri yang mesti dipenuhi oleh
suami. Tetapi dalam perkara yang berhubung dengan talak tetap menjadi hak
suami. Hak-hak keistimewaan wanita dalam Islam sangat berbeza dengan agama lain
khususnya agama Yahudi.
PERUNDANGAN
5.1 YAHUDI
Pengakuan dan Penyucian
Anasir-anasir
dosa banyak terdapat dalam pemikiran Yahudi. Sesiapa yang berbuat dosa, yang
mana ia merupakan suatu perkara yang mengotorkan diri seseorang. Selain itu, memberikan
sedekah, menghadiahkan korban-korban dan membacakan doa-doa adalah satu cara
untuk menembus dosa tersebut, dengan syarat diberikan kepada kahin-kahin
selepas membuat pengakuan sepenuhnya terhadap dosa yang telah dilakukan.
Perhambaan
Taurat
telah membolehkan perhambaan melalui pembelian hamba atau peperangan. Seorang
yang miskin juga boleh manjualkan dirinya kepada orang kaya atau orang yang
berhutang kepada pemiutang sehingga ia dapat menebus atau tetap menjadi hamba
kepada mereka sehingga 6 tahun, barulah dia bebas tanpa apa-apa bayaran.
Berkhatan
Bagi
orang-orang Yahudi, berkahtan adalah berkait dengan korban untuk mencari
keampunan dan keredhaan tuhan. Pada zaman dahulu, mereka menyerahkan diri
sebagai korban tetapi selepas itu, cukuplah dengan sebahagian sahaja anggota
badan manusia dipotong ketika berkhatan.
Bangsa
Yahudi menjadikan berkhatan sebagai kewajipan sebagai tanda kebangsaan dan
bukti mereka adalah Yahudi. Cara berkhatan mereka mestilah membuang kesemua
kulitnya supaya tidak bercampur aduk dengan orang-orang bukan Yahudi dari umat
Islam.
Pewarisan
Anak
lelaki sulung mendapat dua kali ganda daripada saudaranya yang lain. Tetapi
jika ada anak perempuan yang belum baligh. Maka dia akan diberikan nafkah dan
pendidikan sehingga umur 12 tahun. Selepas 12 tahun, tidak ada hak lagi. Jika
tidak ada anak lelaki, akan berpindah warisan kepada cucu lelaki daripada anak
lelaki, cucu lelaki daripada anak perempuan dan kebawah.
Jika
dalam sesebuah keluarga itu, harta itu akan dipegang oleh orang yang pertama
sekali menguasainya sehingga 3 tahun sebagai wadi’ah atau amanah. Dalam masa
tersebuat tidak dijumpai juga warisan yang berhak, maka harta itu akan menjadi
kilik pemagang amanah tadi.
Perkahwinan
Bagi
bangsa Yahudi, umur yang sesuai untuk berkahwin ialah 13 tahun bagi lelaki dan
bagi perempuan pula berumur 12 tahun dengan syarat sudah baligh. Orang yang
belum berkahwin selepas umur 20 tahun berhak mendapat laknat. Poligami amatlah
diharuskan dalam bangsa Yahudi. Dalam berpoligami bagi bangsa Yahudi, seberapa
ramai yang dikehendaki (Puak Rabbani hadkan 4 orang sahaja).
Tidak
boleh berkahwin dengan orang selain bangsa Yahudi kerana bangsa lain adalah
wasani (penyembah berhala). Bagi bangsa Yahudi juga, tidak boleh berkahwin
dengan bekas isteri bapa saudara atau saudara lelaki setelah mempunyai anak.
Tidak haram sekiranya berkahwin dengan saudara susuan. Perempuan yang kematian
suami dan tiada anak wajib kahwin dengan saudara lelaki bekas suaminya dan anak
sulung yang lahir mesti diberikan nama bekas suaminya yang meninggal tadi agar
nama itu tidak luntur dari keturunan Israel.
KESIMPULAN
Tidak ada kriteria yang
disepakati bersama di dalam penggolongan setiap agama. Setiap individu membuat
kriterinya sendiri untuk tujuan meninggikan agamanya dan merendahkan agama
orang lain.
Penggolongan agama-agama
menjadi agama langit dan agama bumi jelas menunjukkan sikap merendahkan pihak
lain. Bahkan sikap kebencian yang akhirnya menimbulkan kekerasan bagi pihak
yang dipandang sesat, menjijikkan dan tidak bernilai. Pihak lain akan meresa
tersinggung, kemarahan dan akhirnya kebencian. Apabila kebencian bertemu dengan
kebencian maka hasilnya adalah kekerasan.
Melihat berbagai catatan
dari kitab suci mereka, khususnya ajarannya yang penuh kebencian dan kekerasan,
maka isi kitab suci itu tidak datang dari Tuhan, tetapi dari manusia.
Kesimpulannya, disepanjang
perbincangan kita terhadap agama Yahudi dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa
kitab Taurat walaupun ianya telah diubah dan diselewengkan namun ia masih mampu
membentuk bangsa Yahudi daripada sebuah bangsa yang lemah dan hina menjadi
bangsa yang paling berkuasa.
Kita sebagai umat Islam
akhir zaman perlu memikirkankan kembali semangat dan perjuangan Rasulullah saw
dalam menegakkan agama Islam. Oleh itu kita perlu bersatu hati untuk meneruskan
syiar Islam dipersada dunia agar tidak ada agama lain yang cuba untuk
memecahbelahkan umat Islam serta agama Islam itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan