Hadith Salam
اذ لقيته فسلم عليه واذا دعاك فاجبه واذا استضحك فانصح له واذا عطس
الله فسمته واذا مرض فعده واذا مات فاتبعه
Maksudnya: "bila berjumpa ucapkanlah salam ke
atasnya, dan bila orang menjemput maka tunaikanlah janjinya, bila orang meminta
nasihat, maka nasihatilah ia, dan bila oranf bersin, maka jawabkannya, dan bila
sakit, maka ziarahinya, dan apabila mati maka iringilah ia."
SYARAH HADITH
Berdasarkan
hadith di atas, Rasulullah telah menjelaskan kepada setiap umat islam mengenai
hak dan tanggungjawab seorang individu kepada seorang individu yang lain selaku
saudar seagama. Yang pertama, boleh dilihat melalui potongan ayat :
اذ لقيته فسلم عليه
Yang bermaksud : “Bila berjumpa ucapkan salam ke atasnya”
Berdasarkan kepada potongan hadith ini,
Rasulullah menjelaskan kepada umatnya supaya sentiasa mengamalkan salam apabila
berjumpa atau bertemu antara satu dengan yang lain. Seperti mana yang
dijelaskan di dalam hadith yang lain, ucapan salam “ASSALAMU’ALAIKUM” merupakan
satu doa yang bermaksud salam sejahtera ke atas kamu yang di sunatkan ke atas
setiap umat islam supaya mengamalkannya apabila berlaku satu pertemuan antara
sesama umat islam yang lain dan diwajibkan untuk menjawabnya bagi pihak yang
menerima salam tersebut dengan jawapan “WA’ALAIKUMSALAM”. Dalam satu lagi
hadith masyhur lain yang menyatakan apabila seseorang mendoakan saudaranya,
maka doa tersebut akan diterima oleh Allah dan seterusnya para malaikat akan
mendoakan ke atas mereka juga. Sekiranya diselidiki makna tersirat disebalik
ucapan salam tersebut, terdapat banyak kelebihan. Umpamanya, mampu mengukuhkan
ukhuwah antara satu sama lain.
Seterusnya, kita lihat pula kepada potongan
ayat seterusnya iaitu:
واذا دعاك فاجبه
yang bermaksud : “apabila orang mengundang maka
tunaikannya”
Berdasarkan
potongan hadith ini, Rasulullah menyarankan kepada umat islam bersedia memenuhi
hajat saudara sesama islam sekiranya diundang untuk kesuatu majlis yang
mendatangkan kebaikan seperti majlis kesyukuran sebagainya. Dalam satu hadith
lain mengenai tajuk berkaitan ikram muslimin didalam kitab Fadhail Amal,
dinyatakan mengenai kelebihan seseorang apabila menunaikan hajat saudaranya,
maka ia akan mendapat pahala i’tikaf selama seribu tahun. Jadi, nyatalah hadith
ini telah menjelaskan mengenai kelebihan tersirat disebalik saranan baginda.
Seterusnya
potongan ayat :
واذا استضحك فانصح له
Yang bermaksud : “apabila seseorang meminta nasihat, maka
nasihatilah ia”
Hadith
di atas menerangkan bahawa perlunya seseorang yang berhajat untuk dinasihati,
supaya ditunaikan hajatnya. Seperti mana yang kita sedia maklum, umat nabi
Muhammad merupakan umat yang terbaik yang disuruh untuk berbuat kebaikan dan
mencegah perkara yang mungkar. Jadi berdasarkan demikian, ia merupakan
kewajipan bagi umat islam untuk mengajak kearah kebaikan iaitu memberi nasihat
kerana itu merupakan sebaik-baik perkataan sepertimana dalam firman Allah :
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحاً
وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ ﴿٣٣
Maksudnya : "siapakah yang lebih baik
perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang
soleh, dan berkata sesungguhnya aku termasuk ke dalam orang-orang yang berserah
diri."
Jadi apabila seseorang itu meminta untuk
dinasihati, ia merupakan satu permintaan yang boleh mendatangkan kebaikan
kepada kedua-dua belah pihak kerana melalui nasihat-menasihati, ia dapat
memberi kesedaran kepada setiap individu supaya mendekatkan diri kepada Allah
dan meningalkan larangannya.
Seterusnya
potongan ayat :
واذا عطس الله فسمته
Yang bermaksud : “apabila seseorang bersin, maka
jawabkannya”
Maksudnya
daripada hadith ini, Rasulullah menyarankan kepada umatnya, supaya menjawab
ketika melihat orang yang bersin apabila mendengarnya. Menjawab bersin juga merupakan
satu doa kepada orang yang bersin.
Dan
seterusnya ayat :
واذا مرض فعده واذا مات فاتبعه
Yang bermaksud : "apabila seseorang sakit, maka
ziarahinya, apabila seseorang meninggal, maka
iringinya"
Berdasarkan
potongan hadis ini, ia merupakan tuntutan bagi umat islam untuk menziarahi
orang yang sakit dan mengiringi jenazah apabila berrlaku keadaan yang
sedemikian. Hal ini kerana, melalui cara yang diajar oleh baginda s.a.w, ini
dapat memberi keinsafan kepada umat islam supaya sentiasa melakukan amal ibadah
dengan bersunguh-sungguh kerana kehidupan kita didunia ini hanyalah bersifat
sementara. Dan suatu masa kelak, pasti dan pasti kita akan kembali kepada
Allah, seperti di dalam firman Allah :
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ
Yang bermaksud : "setiap yang bernyawa pasti akan mati"
Selain itu, potongan hadith ini juga memberi
kefahaman kepaada umat islam supaya berlaku belas kasihan kepada saudara
seagama dan dengan itu dapat menghilankan kesedihan kepada keluarga si mati.
Secara
kesimpulannya, setiap yang disarankan baginda dan segala yang diajarkannya
kepada umat islam adalah perkara yang terbaik yang diamalkan oleh setiap umat
islam dalam menjalani kehidupan seharian. Segala ajaran ini mengandungi banyak
makna dan hikmah yang tersirat disebaliknya.
PENGAJARAN HADITH
1. Berilah salam kepada saudara seagama
2. Berilah nasihat kepada mereka yang meminta
untuk dinasihati
3. Jawablah apabila terdengar orang bersin
4. Tunaikanlah hajat saudara seislam
5. Ziarahilah apabila saudara seislam kita sakit
6. Iringilah jenazah saudara seagama apabila
kematiannya telah tiba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan