Hassan Al-Bnna part 2
Keadaan Masyarakat Al-Banna
Pada zaman awal
Hasan Al-Banna, masyarakat Islam di Mesir khususnya adalah terlalu lemah.
Penjajah Inggeris melayan orang Mesir seperti hamba: kemungkaran, kefasikan dan
hidup tanpa batas berleluasa di kalangan masyarakat Islam di Mesir. Di samping
itu, usaha-usaha untuk melenyapkan Islam di akar umbinya setelah kejatuhan
sistem khalifah secara rasmi di Turki tahun 1924 begitu kuat di lakukan.
Hasan al-Banna
sendiri menjelaskan apa yang dilihat di kotaraya Kaherah tentang jauhnyakadaan
orang Islam dengan akhlak Islamiah, di samping tindakan-tindakan yang
berlawanandengan Islamyang selalu disiarkan dalam akhbar-akhbar dan kejahilan
orang ramai trhadap agama mereka.keadaan yng sedemikian tidak dapat diperbaiki
melalui kuliah-kuliah agama di masjid-masjid sahaja,
Tugas Hasan Al-Banna
Sebagal Seorang Guru dan Peristiwa Penubuhan Al-Ikhwanul Muslimin.
Imam Hasan Al-Banna
tiba di Ismailiah pada tahun 1927 untuk memulakan tugasnya sebagai seorang
guru. Beliau menggunakan masa lapangnya untuk mengkaji dengan teliti corak
hidup masyarakat Ismailiah agar usaha dakwahnya dapat dilancarkan dengan lebih
berkesan. Imam Hasan Al-Banna berusaha untuk menjadi seorang guru yang baik dan
juga seorang pendakwah yang berjaya. Beliau memulakan usaha dakwahnya di
kedai-kedai makan dan kedai-kedai kopi dan bukannya di masjid. Dalam masa yang
singkat sahaja, ramai telah menjadi pengikutnya. Dalam bulan Mac, 1928 M., enam
orang penting telah berkumpul di rumah Imam Hasan Al-Banna. Mereka telah
bersumpah untuk hidup dan mati kerana memperjuangkan Islam. Perjuangan mengejut
ini telah menghasilkan satu pertubuhan yang terkenal dengan nama ‘Al-Ikhwan
Muslimin’. Batu asas pusat gerakan dan masjid Ikhwan Muslimin telah diletakkan
di Ismailiah pada tahun 1929 M. Selepas itu, cawangannya dibuka di kawasan Suez
dan Iskandariah. Semenjak itu, Ikhwanul Muslimin pun berkembang dengan pesat
menuju ke matlamatnya. Pada bulan Oktober, 1933 M. Imam Hasan Al-Banna telah
ditukarkan ke Kaherah. Tempoh enam tahun yang dihabiskan di Ismailiah merupakan
titik permulaan keberkesanan gerakan Ikhwanul Muslimin pada masa depan. Ketika
itu, ada satu pertubuhan dakwah di Kaherah yang terkenal dengan nama
‘Jami’atu-Tahzib-al-Islami’. Pertubuhan ini terdiri daripada belia-belia yang
ikhlas terhadap Islam. Para belia ini sangat tertarik dengan kegigihan Ikhwan
memperjuangkan Islam sehingga akhirnya mereka turut menjadi ahli Ikhwan agar
mereka juga melibatkan diri dalam kegiatannya. Berikutan itu, pertubuhan
Jami’atu-Tahzib-al-Islami dan kesemua cawangan-cawangannya telah diserapkan ke
dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin. Apabila Imam Hasan Al-Banna melawat Kaherah
dalam tahun 1933 M., beliau dapati usaha Ikhwanul Muslimin di situ telah
mencapai kemajuan yang pesat. Lantaran itu, beliau terpaksa meninggalkan
jawatan gurunya dan memberi penumpuan sepenuh masa kepada Gerakan Ikhwanul
Muslimin.
Perkahwinan Hasan Al Banna dan Anak-anaknya.
Hasan Al-Banna
sangat disayangi oleh para penduduk Ismailiah. Kehadirannya itu telah menyirami
hati mereka dengan kesedaran rohani. Haji Hussin as-Soli adalah seorang yang
berperibadi mulia dan beliau sangat tertarik dengan peribadi Hasan Al-Banna
serta kegiatannya. Hubungan antara Haji Hussin as-Soli dan Hasan Al-Banna
begitu rapat dan kukuh sekali. Haji Hussin membantu Hasan Al-Banna dengan
berbagai cara. Anak-anak lelakinya menjadi pengikut Hasan Al-Banna. Hubungan
ini menjadi semakin kuat dari sehari ke sehari sehingga akhirnya Haji Hussin
as-Soli mengambil Hasan Al-Banna sebagai menantunya. Latifah, anak perempuan
Haji Hussin as-Soli, menjadi isteri Imam Hasan Al-Banna. Latifah juga seorang
wanita yang berakhlak mulia dan bertakwa. Perkahwinan ini bertepatan dengan
ayat Al-Quran yang bermaksud:
... dan wanita
wanita yang baik adalah untuk laki laki yang baik dan laki laki yang baik
adalah untuk wanita wanita yang baik (pula).
(Surah An-Nur, ayat 26.)
Latifah sangat setia
kepada suaminya dalam berbagai keadaan. Perkongsian hidup mereka telah
menghasilkan enam orang anak iaitu lima orang perempuan dan seorang lelaki.
Kelima orang anak perempuan mereka bernama Sana’a, Wafaa, Raja’a, Hajir dan
Istisy’had. Anak perempuan yang bongsu itu dinamakan Istisy’had oleh Latifah
kerana beliau dilahirkan dihari Imam Hasan Al-Banna mati syahid.
Nama anak lelakinya
ialah Ahmad Saiful Islam. Beliau juga tabah dan berwibawa seperti bapanya.
Ahmad Saiful Islam berkelulusan di bidang ilmu perubatan dari sebuah Kolej
Perubatan. Beliau ditahan daripada memegang apa-apa jawatan dan dihukum penjara
selama dua puluh lima tahun ketika pemerintahan Jamal Abdul Nasir. Ada pepatah
Arab yang bermaksud: ‘Anak seekor singa adalah singa juga’. Ahmad Saiful Islam
memiliki segala sifat bapanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan