Hassan Al-Banna part 3
Syahidnya Imam Hasan Al-Banna.
Imam Hasan Al-Banna
menjalani kehidupan yang penuh cabaran semenjak kecil sehinggalah beliau
menemui ajainya. Beliau tiada mempunyai rehat langsung. Keseluruhan hidupnya ditumpukan
kepada perjuangan Islam dan kebajikan orang-orang Islam. Beliau khusyu’
beribadat kepada Allah dan selalu mengkaji Al-Quran serta Hadith. Tokoh Islam
yang hebat ini mati syahid ditembak pada 12hb Februari, 1949 di Kaherah.
Umurnya ketika itu ialah 43 tahun. Dalam umurnya yang begitu singkat, Imam
Hasan Al-Banna telah melancarkan satu gerakan Islam yang benar yang
mempengaruhi seluruh Dunia Islam. Gerakan ini membawa perubahan hebat kepada
Dunia Arab. Ia telah menegakkan semula kebenaran dan kekuatan Islam. Hasan
Al-Banna adalah seorang yang berwibawa dan berhati tabah. Beliau memiliki
peribadi Muslim sejati. Setiap tindakannya melambangkan eiri-ciri hidup Islam.
Syeikh Muhammad Al-Ghazali, seorang ulamak besar Mesir, telah memuji Hasan
Al-Banna dengan berkata demikian: ‘Peluru telah menembusi jasad Hasan Al-Banna
yang kurus dan lemah kerana banyak bersolah dan berzikir kepada Allah. Jasadnya
itu juga penuh dengan debu lantaran pengembaraannya di jalan Allah. Dahinya
melambangkan kebiasaannya dalam memberi pengorbanan-pengorbanan yang besar.
Rasulullah (s.a.w.) telah bersabda yang bermaksud;
“Apabila seorang
Mukrnin meninggal dunia, dia dibebaskan dari dunia dan dipindahkan ke dunia
lain yang penuh nikmat dan kegembiraan.”
Selepas pengharaman
itu, para anggota Ikhwan di seluruh Mesir telah dikenakan tindakan kejam.
Seluruh cawangan dan pusat-pusat kegiatannya telah dirampas. Beribu-ribu belia
terpelajar telah dipenjarakan. Para pemuda dan pemudi tersebut ditindas ketika
berada di dalam penjara. Semasa kekecohan ini berlaku, Nuqrasyi Pasya naik
menjadi Perdana Menteri Mesir. Ketika inilah Hasan Al-Banna telah dibunuh. Imam
Hasan Al-Banna mati syahid pada 15hb Februari 1949 di hadapan ibu pejabat
Ikhwanul Muslimin. Jenazah al-Imam
Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan
perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang
hadir hanya keluarganya sendiri.
Hari kematiannya disambut meriah oleh Yahudi,
pihak British dan pihak-pihak lain yang bermusuh dengan Islam.
Peranan keluarga Hasan Al-Banna dalam membina ketokohannya.
Seseorang yang
dipilih Allah untuk menegakkan agama (ad-Din)-Nya akan diberi-Nya nilai-nilai
peribadi yang melayakkan orang itu melaksanakan tugas berat tadi. Nilai-nilai
peribadi itu akan dipupuk semenjak peringkat kanak-kanak lagi. Di antara contoh
terbaik di zaman kebelakangan ini ialah As-Syahid Imam Hasan Al-Banna. Semenjak
beliau kanak-kanak lagi, beliau sudah memiliki peribadi yang mulia dan wara’.
Nilai peribadi ini semakin matang setelah beliau meningkat dewasa. Beliau benci
kepada maksiat dan kegiatan-kegiatan yang bertentangan dengan Islam sejak di
peringkat awal lagi. Imam Hasan Al-Banna dilahirkan dalam sebuah keluarga yang
mulia. Keluarganya hidup dalam keadaan serba sederhana dan mengamalkan Islam di
segenap sudut kehidupan mereka. Mereka hidup bebas daripada gejala maksiat yang
terdapat di bandarayanya. Bapanya berkelulusan Universiti Al-Azhar dan sangat
alim dalam Hadith dan ilmu Fiqh. Imarn Hasan Al-Banna menerima pendidikan
bercorak agama dan moden. Adiknya, Abdur Rahman Al-Banna menyebut mengenainya
seperti berikut:
‘Abangku yang
dihormati. Ketika kau berumur sembilan tahun, saya baru menjangkau umur tujuh
tahun. Kita mengaji Al-Quran dan belajar menulis di sekolah. Apabila kau
berjaya menghafal dua pertiga Al Quran saya mampu menghafal sehingga Surah
At-Taubah. Ketika kita pulang dari sekolah, bapa kita menyambut dengan penuh
kasih sayang. Bapa kita yang dikasihi mengajar kita sirah (riwayat hidup)
Rasulullah (s.a.w.), ilmu Fiqh dan nahu. Bapa kita telah menyediakan jadual
pengajian kita ketika di rumah. Kau belajar ilmu Fiqh Imam Abu Hanifa manakala
saya belajar ilmu Fiqh Imam Malik. Di segi ilmu nahu, kau belajar kitab
‘Alfiyah’ dan saya pula belajar kitab ‘Malhamatul Arab’. Corak pengajian kita
itu memerlukan kita mengulangkaji pelajaran bersamasama dan bekerja keras.
Justeru itu, kita terpaksa menyediakan jadual dan senarai kerja harian. Duhai
abangku! Dalam hidupku, tidak pernah saya melihat orang yang begitu banyak
berpuasa dan bersolah seperti kau. Kau bangun waktu sahur dan bersolah.
Kemudian kau mengejutkan saya daripada tidur untuk menunaikan solah subuh.
Selepas solah, kau membaca senarai kerja harian. Suara kau yang manis dan
penyayang itu masih bergema di telinga saya. Kau pernah berkata, ‘Pukul lima
hingga enam pagi ialah masa mengaji Al-Quran; pukul enam hingga pukul tujuh
pagi ialah masa untuk belajar tafsir Al-Quran dan Hadith; pukul tujuh hingga
lapan pagi ialah masa untuk belajar Fiqh dan Usul Fiqh.’ Itulah kerja rumah
kita. Selepas itu kita pun pergi ke sekolah.
‘Terdapat banyak
buku di dalam perpustakaan bapa kita. Kita telah sama-samameneliti buku-buku
tersebut sendiri. Nama buku-buku tersebut dicetak dengan hurufhuruf berwarna
emas. Kadangkala kita meneliti kitab ‘Nisapur’; kitab ‘Qustalani’; dan kitab
‘Nail Al-Authar’. Bukan saja bapa kita telah membenarkan kita membaca buku-buku
diperpustakannya, bahkan beliau juga menggalakkan kita berbuat demikian. Kau
selalu mengatasi saya dari segi ini. Saya cuba mengikut jejak langkahmu tetapi
saya tidak mampu. Kau adalah seorang yang luar biasa. Walaupun perbezaan umur
kita hanya dua tahun, tetapi Allah telah menyediakan engkau untuk pencapaian
yang luar biasa.’
‘Bapa kita selalu
mengadakan majlis-majlis perbincangan ilmiah. Kita kerap mengikuti dengan
teliti perbahasan ilmiah antara beliau dengan para ulama yang lain.
Majlis-majlis tersebut dihadiri olch Syeikh Muhammad Zahran dan Hamid Muhsin.
Pernah kita mendengar perbahasan mereka mengenai ‘Arasyh Allah’ di langit
tinggi. Di antaranya ialah adakah ‘Istiwa’ bermaksud duduk atau tinggal? Apakah
pendapat Imam Ghazali dalam hal ini? Apa pula kata Zamakhshari mengenai perkara
ini? Apakah pula tafsiran Imam Malik bin Anas? Kita mendengar perbahasan-perbahasan
ini dengan penuh minat. Segala apa yang kita fahami telah bersemadi di dalam
ingatan kita. Segala masalah dan perkara yang sukar difahami telah kita rujuk
kepada bapa kita ataupun kepada kitab-kitab tafsir dan As-Sunnah.’ ‘Saya tidak
lupa hari di mana halaman rumah kita dipenuhi kanak-kanak kecil. Mereka adalah
penuntut-penuntut sekolah yang diiringi oleh ketua darjah dan guru mereka.
Isteri guru mereka juga turut sama sambil mendukung anaknya. Setiap kanakkanak
membawa ranting-ranting kurma sambil bersyair:
‘Berselawatlah
kepada Rasulullah (s.a.w.).’ Guru mereka pula bersyair demikian: ‘Kami tidak
akan bergerak sehingga kami menerima kepingan perak di dalam pinggan yang
bersih dan berkilat.’ ‘Selepas syair ini, kanak kanak tadi mengulangi rangkap
pertama semula. Ibu kita pun keluar membawa kepingan perak di dalam sebuah
pinggan yang bersih dan berkilat. Dia mengisi beg isteri guru tersebut dengan
kek dan kuih-kuih manis. Guru itu pun pulang ke rumah selepas acara tersebut.
Acara itu diadakan kerana kau telah habis menghafal Al-Quran.’ (Petikan
daripada buku Al-Imam as-Syahid Hasan al-Banna.) Yang di Pertua pertama
'Jamiat-usy-Syubbanul Muslimin’ Mesir, Jeneral Muhammad Saleh Harb Pasya,
menulis mengenai suasana di rumah Imam Hasan Al- Banna: ‘Saya berpendapat
suasana di rumah memainkan peranan penting dalam memina peribadi Imam Hasan
Al-Banna. Beliau dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang ‘alim, wara’ dan
berpegang kuat kepada agama dan ini memberi kesan yang ketara kepada peribadi
Imam Hasan Al-Banna.’
‘Pendidikan yang
diterimanya telah mencorakkan roh dan akhlak Islam yang sebenar ke dalam
dirinya. Beliau terlibat di dalam amalan Sufi di peringkat awal lagi. Guru
rohaniahnya (atau guru Sufinya mahir dalam ilmu Al-Quran, as-Sunnah dan Fiqh.
Ilmunya seumpama sungai yang mengalir tanpa halangan untuk selamalamanya.
Ilmunya ini telah banyak membantunya ketika beliau menyampaikan syarahan dan
ceramah. Dengan demikian, beliau berjaya memuaskan dirinya sendiri dan juga
orang lain.’ (Al Imam-As-Syahid Hasan Al-Banna.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan