Keramat Hati: Hassan Al-Banna part 4

Hassan Al-Banna part 4


Pendekatan Dakwah Hasan Al-Banna

Hasan al-Banna menggunakan berbagai-bagai pendekatan dakwah. Saluran dakwah yang selalu digunakan adalah ceramah, usrah, majalah, akhbar, dan buku. Di samping itu, aspek pendidikan diambil berat oleh Hasan al-Banna. Banyak sekolah dan pusat ilmu didirikan olehnya untuk peringkat remaja dan usrah untuk peringkat dewasa.

Hasan al-Banna mengadakan satu pembaharuan dalam dakwah, iaitu mengadakan ceramah-ceramah di luar masjid. Ia diadakan di kedai-kedaikopi dan sebagainya. Tempat sedemikian belum pernah diadakan aktiviti dakwah sebelumnya. Dasar dasar dakwahnya ialah:

Ø  Perpaduan ummah mesti dikekalkan;
Ø  Kesernua kumpulan perlu sepakat di dalam perkara-perkara dasar Islam;
Ø  Kata-kata Imam Syafi’e yang ini perlu menjadi dasar: ‘Setiap kali saya
Ø  bertikai dengan seseorang, saya sentiasa berharap agar Allah menjelaskan
Ø  kebenaran melalui lidah lawan saya itu’;
Ø  Tujukan segala saranan yang baik kepada orang lain dan tujukan segala
Ø  kesilapan kepada diri sendiri;
Ø  Orang lain perlu dihormati ketika berlaku perbezaan pendapat;
Ø  Sebarang perbalahan perlu dielakkan;
Ø  Perlulah diingat bahawa usaha yang baik itu boleh berbeza-beza (caranya);
Ø  Sebarang persefahaman harus menghasilkan kerjasama. Dalam sebarang
Ø  perselisihan, kita hendaklah menganggap pihak yang satu lagi itu
Ø  berkemungkinan melakukan kesilapan;
Ø  Perlu bersatu ketika menentang musuh bersama;
Ø  Ruang lingkup tindakan perlu diperluaskan;
Ø  Perlu ada rasa kasihan dan sedih kepada orang yang menyimpang dari jalan kebenaran. Janganlah dia dikecam dan disindir.’
 


Pencapaian Hasan Al-Banna.

Hasan Al-Banna yang dilahirkan daripada keluarga miskin di sebuah kampong sunyi bernama Mahmoodiyah, telah syahid di jalanraya terbesar di Kaherah. Pembunuhannya telah dirancang oleh pihak British, Yahudi dan kerajaan Mesir sendiri. Beliau hidup hanya selama 43 tahun. Al Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan pada tahun 1928 M. Oleh Hasan Al Banna di mana dalam masa dua puluh tahun sahaja, beliau telah membawa pembaharuan kepada masyarakat Mesir yang sedang mengalami kemerosotan budaya, politik dan agama. Beliau telah mengembalikan masyarakat Mesir ke landasan Islam semula. Maka berkumandanglah cogan-cogan kata seperti: ‘Mencari keredhaan Allah ialah matlamat kami’, ‘Al-Quran ialah perlembagaan kam’, ‘Jihad ialah jalan kami’ dan ‘Syahid di jalan Allah ialah cita-cita kami’.

Adiknya, Abdur-Rahman Al-Banna menulis mengenai Hasan Al-Banna, Hassan Al Banna suka bersolah dan berpuasa semenjak kecil lagi. Kami selalu ke masjid untuk menunaikan solah Isya’. Selepas itu beliau menghadiri majlis Tariqat Hasafiyah.. Kami beribadat di situ agak lama juga. Ketika itu, tiada seorang pun orang luar di situ. Waktu malam di situ selalunya sunyi senyap. Yang kedengaran hanyalah suara orang beribadat.’

‘Berkali-kali Hasan Al-Banna berkata, ‘Jika kau ingin mencapai kesempurnaan sembahlah Allah sahaja dan jauhkan daripada menyembah bendabenda lain. Jika kau mencari kebenaran, maka kau dapati setiap benda lain tidak kekal. Yang kekal hanyalah Allah.’ Imam Hasan Al-Banna suka kepada orang-orang yang warak dan soleh. Semenjak kecil lagi beliau suka bergaul dengan mereka. Beliau pernah berkata, ‘Nikmat hidup yang sebenar boleh didapati melalui pergaulan dengan orang yang soleh. Merekalah raja, ketua dan bangsawan yang sebenar.’ Imam Hasan Al-Banna adalah seorang yang sangat pemurah. Amin Ismail seorang anggota Ikhwan telah menyebut sifat pemurah Hasan Al-Banna: ‘Suatu hari beliau membawa saya menemui seorang tukang jahit. Beliau telah menyerahkan jubahnya kepada tukang jahit tersebut untuk dijahit. Kami berjalan melalui sebuah lorong yang sempit dan gelap di kawasan Al Maghrabeen. Tukang jahit itu bangun dan menyerahkan jubah Hasan Al-Banna tanpa mengalu-alukan kedatangan kami. Dia terus meminta upah sebanyak tiga paun. Imam Hasan Al-Banna memberinya lima paun, mengambil jubah tadi dan bersedia untuk beredar dari situ. Terfikir saya hendak mengambil baki wang dua paun itu tetapi Hassan Al-Banna menahan saya. Sedarlah saya bahawa Imam Hasan Al-Banna tidak mahu saya mengambil baki wang: dua paun itu. Dalam perjalanan pulang, kami bertemu seorang pengemis, Imam Hasan Al-Banna menyuruh saya memberi satu riyal kepada
pengemis tersebut. Baru saya tahu bahawa Imam Hasan Al-Banna ada wang sebanyak lima paun saja dan kesemua wang itu telah diberikan kepada tukang jahit tadi. Kini dia tidak berwang lagi. Imam Hasan Al-Banna bersifat pemurah sehingga ke akhir hayatnya.’ Seorang anggota Ikhwan terkenal, Bahi Al Khouli ada menyebut mengenai Hasan Al-Banna: ‘Dalam tahun 1932, beberapa tahun selepas tertubuhnya Al Ikhwanul Muslimin, Hasan Al-Banna telah ditawarkan satu jawatan tinggi oleh pihak kerajaan. Tawaran itu dibuat untuk memesongkan fikiran Hasan Al-Banna daripada usaha dakwah Islamiahnya. Hasan Al-Banna menolak tawaran itu secara kasar dan pegawai kerajaan yang mengemukakan tawaran tersebut berasa malu. Jika beliau menerima tawaran tersebut, anak-anaknya sudah tentu akan hidup mewah sehingga menimbulkan iri hati orang lain. Namun begitu, Imam Hasan Al-Banna tidak inginkan keuntungan duniawi.’ ‘Pihak British juga menawarkan kepadanya beribu ribu paun ketika bermulanya Perang Dunia Kedua. Wakil British memberitahu Hasan Al-Banna bahawa pihak British bersedia memberi wang yang diperlukannya. Hasan Al-Banna menghalau wakil British tadi yang cuba membeli maruahnya. Akhirnya British membuat kesimpulan bahawa Hasan Al-Banna tidak dapat dipengaruhi emas atau perak.’ ‘Al Ikhwanul Muslimin menubuhkan banyak syarikat perdagangan. Imam Hasan Al-Banna menjadi ahli Lembaga Pengarah kesemua syarikat-syarikat tersebut. Lantaran itu, beliau juga bersusah payah dalam kerja-kerja pengurusan syarikatsyarikat tersebut agar semuanya berjalan licin. Pihak Ikhwan cuba menawarkan gaji dan saguhati kepadanya tetapi beliau selalu menolak sambil berkata, ‘Saya tidak akan menerima sebarang ganjaran daripada manusia. Saya akan menerima ganjaran daripada Allah sahaja.’ Beliau menunjukkan satu contoh yang ulung dalam bidang perdagangan dan perniagaan.’ ‘Pihak musuh telah melemparkan berbagai tuduhan terhadap Imam Hasan Al-Banna. Di antara tuduhan tuduhan tersebut ialah:
           
 i) Dia adalah seorang pengintip upahan dan perasuah;
            ii) Dia menerima bantuan asing berjumlah beribu-ribu paun;
            iii) Dia memiliki banyak kereta dan saham di dalam banyak syarikatsyarikat.’

‘Begitu hebat sekali tuduhan mereka. Tetapi apabila beliau mati dibunuh oleh musuh-musuhnya, beliau miskin sekali sehingga beliau tidak mampu memiliki sebuah rumah pun di Kaherah. Beliau menyewa sebuah rumah dengan membayar 1 paun 80 Qursh sebulan. Ketika beliau syahid, anak-anaknya tidak mempunyai sumber pendapatan langsung.’ (Al Imam-us-Syahid).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Keramat Hati Urang-kurai