Keramat Hati: Matlamat Dakwah

Matlamat Dakwah

·                     Menyeru manusia seluruhnya untuk beriman kepada Allah bahawa Dialah sahaja Tuhan Yang Maha Esa bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan mengakui bahawa Nabi Muhammad Ibn Abdullah s.a.w. (pesuruh) Allah yang terakhir yang membawa Islam seluruhnya.

·                     Bertujuan untuk beribadat kepada Allah dan mentauhidkan-nya. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “ Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan dalam  kalangan tiap-tiap umat seorang rasul ( dengan memerintahkan dia menyeru mereka ): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka diantara mereka, ada yang diberi petunjuk Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu, mengembaralah kamu dibumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan rasul-rasulnya.” 
                                                                                                                                      (Surah al-Nahl:36 )

·                     Matlamat berdakwah juga mengajak manusia menuju kepada kesejahteraan dan keredhaan Allah, iaitu dengan cara mengeluarkan mereka dari kegelapan kekufuran kepada cahaya iman. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “ Dengan ( Al-Quran ) itu Allah menunjukkan jalan keselamatan dan kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut  keredhaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan ( kufur ) kepada cahaya ( iman ) yang terang-benderang dengan izin-Nya, dan (dengannya juga ) Tuhan menunjukkan mereka mereka ke jalan betul lurus.” 
                                                                                                                                (Surah al-Maidah:16 ).

Rashid Rida menjelaskan agama Islam yang dibawa melalui Nabi Muhammad s.a.w. dapat menyelamatkan manusia daripada kecelakan dunia dan akhirat kepada keselamatan di kedua-dua tempat tersebut. Ia juga mengeluarkan manusia daripada kegelapan kekufuran kepada cahaya keimanan dan membawa manusia ke jalan yang benar.

·                     Matlamat berdakwah juga untuk melahirkan kerajaan Islam yang memerintah dengan adil, saksama dan sesuai dengan kehendak ajaran Islam.

·                     Dikalangan oarng bukan Islam pula, matlamatnya adalah untuk menyelamatkan mereka daripada terus berada didalam kegelapan kekufuran kepada cahaya iman. Firman Allah SWT,

Maksudnya: “Alif, Lam, Ra’- ( Ini adalah ) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap-gelita ( kufur ) kepada cahaya terang-benderang ( iman ) dengan izin Tuhan mereka, iaitu menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.”  
                                                                                                                                       ( surah Ibrahim:1 )

Matlamat dakwah ini ada beberapa peringkat. Ia bermula denagn pembinaan kekuatan orang Islam atau melepaskan diri daripada belenggu kekufuran bagi orang bukan Islam. Peringkat terakhirnya pula, ialah keredhaan Allah dan pembalasan syurgaNya.


·                     Matlamat yang terakhir ialah mendapat keredhaan Allah dan syurgaNya. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keaadan engkau berpuas hati ( dengan segala nikmat yang diberikan ), lagi diredhai. Serta masuklah dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurgaKu.”   
                                                                                                                                ( surah Al-Fajr:28-30 )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Keramat Hati Urang-kurai