Keramat Hati: Hadith Salam

Hadith Salam



اذ لقيته فسلم عليه واذا دعاك فاجبه واذا استضحك فانصح له واذا عطس الله فسمته واذا مرض فعده واذا مات فاتبعه

Maksudnya: "bila berjumpa ucapkanlah salam ke atasnya, dan bila orang menjemput maka tunaikanlah janjinya, bila orang meminta nasihat, maka nasihatilah ia, dan bila oranf bersin, maka jawabkannya, dan bila sakit, maka ziarahinya, dan apabila mati maka iringilah ia."


SYARAH HADITH

            Berdasarkan hadith di atas, Rasulullah telah menjelaskan kepada setiap umat islam mengenai hak dan tanggungjawab seorang individu kepada seorang individu yang lain selaku saudar seagama. Yang pertama, boleh dilihat melalui potongan ayat :
اذ لقيته فسلم عليه
Yang bermaksud : “Bila berjumpa ucapkan salam ke atasnya”

         Berdasarkan kepada potongan hadith ini, Rasulullah menjelaskan kepada umatnya supaya sentiasa mengamalkan salam apabila berjumpa atau bertemu antara satu dengan yang lain. Seperti mana yang dijelaskan di dalam hadith yang lain, ucapan salam “ASSALAMU’ALAIKUM” merupakan satu doa yang bermaksud salam sejahtera ke atas kamu yang di sunatkan ke atas setiap umat islam supaya mengamalkannya apabila berlaku satu pertemuan antara sesama umat islam yang lain dan diwajibkan untuk menjawabnya bagi pihak yang menerima salam tersebut dengan jawapan “WA’ALAIKUMSALAM”. Dalam satu lagi hadith masyhur lain yang menyatakan apabila seseorang mendoakan saudaranya, maka doa tersebut akan diterima oleh Allah dan seterusnya para malaikat akan mendoakan ke atas mereka juga. Sekiranya diselidiki makna tersirat disebalik ucapan salam tersebut, terdapat banyak kelebihan. Umpamanya, mampu mengukuhkan ukhuwah antara satu sama lain.

Seterusnya, kita lihat pula kepada potongan ayat seterusnya iaitu:
واذا دعاك فاجبه
yang bermaksud : “apabila orang mengundang maka tunaikannya”

          Berdasarkan potongan hadith ini, Rasulullah menyarankan kepada umat islam bersedia memenuhi hajat saudara sesama islam sekiranya diundang untuk kesuatu majlis yang mendatangkan kebaikan seperti majlis kesyukuran sebagainya. Dalam satu hadith lain mengenai tajuk berkaitan ikram muslimin didalam kitab Fadhail Amal, dinyatakan mengenai kelebihan seseorang apabila menunaikan hajat saudaranya, maka ia akan mendapat pahala i’tikaf selama seribu tahun. Jadi, nyatalah hadith ini telah menjelaskan mengenai kelebihan tersirat disebalik saranan baginda.  

            Seterusnya potongan ayat :
واذا استضحك فانصح له
Yang bermaksud : “apabila seseorang meminta nasihat, maka nasihatilah ia”

           Hadith di atas menerangkan bahawa perlunya seseorang yang berhajat untuk dinasihati, supaya ditunaikan hajatnya. Seperti mana yang kita sedia maklum, umat nabi Muhammad merupakan umat yang terbaik yang disuruh untuk berbuat kebaikan dan mencegah perkara yang mungkar. Jadi berdasarkan demikian, ia merupakan kewajipan bagi umat islam untuk mengajak kearah kebaikan iaitu memberi nasihat kerana itu merupakan sebaik-baik perkataan sepertimana dalam firman Allah :

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحاً وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ ﴿٣٣

Maksudnya : "siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata sesungguhnya aku termasuk ke dalam orang-orang yang berserah diri."

Jadi apabila seseorang itu meminta untuk dinasihati, ia merupakan satu permintaan yang boleh mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak kerana melalui nasihat-menasihati, ia dapat memberi kesedaran kepada setiap individu supaya mendekatkan diri kepada Allah dan meningalkan larangannya.

            Seterusnya potongan ayat :
واذا عطس الله فسمته
Yang bermaksud : “apabila seseorang bersin, maka jawabkannya”

Maksudnya daripada hadith ini, Rasulullah menyarankan kepada umatnya, supaya menjawab ketika melihat orang yang bersin apabila mendengarnya. Menjawab bersin juga merupakan satu doa kepada orang yang bersin.

            Dan seterusnya ayat :
واذا مرض فعده واذا مات فاتبعه

Yang bermaksud : "apabila seseorang sakit, maka ziarahinya, apabila seseorang meninggal, maka    iringinya"

           Berdasarkan potongan hadis ini, ia merupakan tuntutan bagi umat islam untuk menziarahi orang yang sakit dan mengiringi jenazah apabila berrlaku keadaan yang sedemikian. Hal ini kerana, melalui cara yang diajar oleh baginda s.a.w, ini dapat memberi keinsafan kepada umat islam supaya sentiasa melakukan amal ibadah dengan bersunguh-sungguh kerana kehidupan kita didunia ini hanyalah bersifat sementara. Dan suatu masa kelak, pasti dan pasti kita akan kembali kepada Allah, seperti di dalam firman Allah :

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ
Yang bermaksud : "setiap yang bernyawa pasti akan mati"

      Selain itu, potongan hadith ini juga memberi kefahaman kepaada umat islam supaya berlaku belas kasihan kepada saudara seagama dan dengan itu dapat menghilankan kesedihan kepada keluarga si mati.

       Secara kesimpulannya, setiap yang disarankan baginda dan segala yang diajarkannya kepada umat islam adalah perkara yang terbaik yang diamalkan oleh setiap umat islam dalam menjalani kehidupan seharian. Segala ajaran ini mengandungi banyak makna dan hikmah yang tersirat disebaliknya.


PENGAJARAN HADITH
1.      Berilah salam kepada saudara seagama
2.      Berilah nasihat kepada mereka yang meminta untuk dinasihati
3.      Jawablah apabila terdengar orang bersin
4.      Tunaikanlah hajat saudara seislam
5.      Ziarahilah apabila saudara seislam kita sakit
6.      Iringilah jenazah saudara seagama apabila kematiannya telah tiba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright © Keramat Hati Urang-kurai