pengertian akhlak (part 2)
KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM
Akhlak mempunyai kedudukan yang paling penting dalam agama Islam.
Antaranya :
Ø Akhlak dihubungkan dengan tujuan risalah Islam atau antara
perutusan utama Rasulullah saw. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
"Sesungguhnya
aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." Pernyataan
Rasulullah itu menunjukkan pentingnya kedudukan akhlak dalam Islam.
Ø Akhlak menentukan kedudukan seseorang di akhirat nanti yang mana
akhlak yang baik dapat memberatkan timbangan amalan yang baik. Begitulah juga
sebaliknya. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
"Tiada
sesuatu yang lebih berat dalam daun timbangan melainkan akhlak yang baik."
Ø Akhlak dapat menyempurnakan keimanan seseorang mukmin. Sabda
Rasulullah saw yang bermaksud :
"Orang
mukmin yang paling sempurna keimanannya adalah yang paling baik
akhlaknya."
Ø Akhlak yang baik dapat menghapuskan dosa manakala akhlak yang buruk
boleh merosakkan pahala. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
"Akhlak
yang baik mencairkan dosa seperti air mencairkan ais (salji) dan akhlak
merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu."
Ø Akhlak merupakan sifat Rasulullah saw di mana Allah swt telah
memuji Rasulullah kerana akhlaknya yang baik seperti yang terdapat dalam
al-Quran, firman Allah swt yang bermaksud:
"Sesungguhnya
engkau seorang yang memiliki peribadi yang agung (mulia)." Pujian allah
swt terhadap RasulNya dengan akhlak yang mulia menunjukkan betapa besar dan
pentingnya kedudukan akhlak dalam Islam. Banak lagi ayat-ayat dan hadith-hadith
Rasulullah saw yang menunjukkan
ketinggian kedudukan akhlak dan menggalakkan kita supaya berusaha menghiasi
jiwa kita dengan akhlak yang mulia.
Ø Akhlak tidak dapat dipisahkan dari Islam, sebagaimana dalam sebuah
hadith diterangkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw :
"Wahai
Rasulullah, apakah itu agama?" Rasulullah menjawab : "Akhlak yang
baik."
Ø Akhlak yang baik dapat menghindarkan seseorang itu daripada neraka
sebaliknya akhlak yang buruk menyebabkan seseorang itu jauh dari syurga. Sebuah
hadith menerangkan bahawa,
"Si
fulan pada siang harinya berpuasa dan pada malamnya bersembahyang sedangkan
akhlaknya buruk, menganggu jiran tetangganya dengan perkataannya. Baginda
bersabda : tidak ada kebaikan dalam ibadahnya, dia adalah ahli neraka."
Ø Salah satu rukun agama Islam ialah Ihsan, iaitu merupakan asas
akhlak seseorang muslim. Ihsan iaitu beribadat kepada allah seolah-olah kita
melihatNya kerana walaupun kita tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia
melihat kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan