Taubat Seorang Peminum Arak
Pada suatu hari, Khalifah Umar ibni Khattab
berjalan-jalan di lorong-lorong dalam kota Madinah. Apabila sampai di
persimpangan jalan, beliau terserempak dengan seorang pemuda yang membawa
kendi. Ini menimbulkan sangkaan buruk Umar terhadap pemuda itu. Lantas Umar
menyoal, "Apa yang engkau bawa itu?" Dalam keadaan ketakutan pemuda
itu terketar-ketar menjawab, "Madu, wahai Umar.." Sebenarnya pemuda
itu sedang membawa kendi arak.
Selepas
berkata demikian, timbul perasaan insaf di hatinya untuk bertaubat dari minum
arak. Dia menyesal melakukan perbuatan yang ditegah agama. Dia benar-benar
berharap sambil berdoa supaya Khalifah Umar tidak memeriksa isi kendi itu.
Namun Khalifah Umar tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh
pemuda itu; lalu mengambil kendi itu untuk diperiksa.
Doa
pemuda itu dikabulkan Allah. Apabila diperiksa, Baginda Umar dapati di dalamnya
terdapat madu. Allah menukarkan arak menjadi madu. Dengan demikian pemuda
itu terselamat dari tindakan Khalifah. Semenjak peristiwa itu, pemuda itu
bertaubat dan berjanji tidak akan meminum arak lagi.
MORAL & IKTIBAR
- Allah
Taala sentiasa memperkenankan doa orang yang bertaubat ikhlas
kepadaNya
- Setiap
pemimpin mestilah bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan oleh rakyat
yang dipimpinnya.
- Setiap
pemimpin akan disoal mengenai kepimpinannya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan