Pendekatan Dakwah Hasan Al-Banna
Hasan al-Banna
menggunakan berbagai-bagai pendekatan dakwah. Saluran dakwah yang selalu
digunakan adalah ceramah, usrah, majalah, akhbar, dan buku. Di samping itu,
aspek pendidikan diambil berat oleh Hasan al-Banna. Banyak sekolah dan pusat
ilmu didirikan olehnya untuk peringkat remaja dan usrah untuk peringkat dewasa.
Hasan al-Banna
mengadakan satu pembaharuan dalam dakwah, iaitu mengadakan ceramah-ceramah di
luar masjid. Ia diadakan di kedai-kedaikopi dan sebagainya. Tempat sedemikian
belum pernah diadakan aktiviti dakwah sebelumnya. Dasar dasar dakwahnya ialah:
Ø Perpaduan ummah
mesti dikekalkan;
Ø Kesernua kumpulan
perlu sepakat di dalam perkara-perkara dasar Islam;
Ø Kata-kata Imam
Syafi’e yang ini perlu menjadi dasar: ‘Setiap kali saya
Ø bertikai dengan
seseorang, saya sentiasa berharap agar Allah menjelaskan
Ø kebenaran melalui
lidah lawan saya itu’;
Ø Tujukan segala
saranan yang baik kepada orang lain dan tujukan segala
Ø kesilapan kepada
diri sendiri;
Ø Orang lain perlu
dihormati ketika berlaku perbezaan pendapat;
Ø Sebarang perbalahan
perlu dielakkan;
Ø Perlulah diingat
bahawa usaha yang baik itu boleh berbeza-beza (caranya);
Ø Sebarang
persefahaman harus menghasilkan kerjasama. Dalam sebarang
Ø perselisihan, kita hendaklah
menganggap pihak yang satu lagi itu
Ø berkemungkinan
melakukan kesilapan;
Ø Perlu bersatu ketika
menentang musuh bersama;
Ø Ruang lingkup
tindakan perlu diperluaskan;
Ø Perlu ada rasa
kasihan dan sedih kepada orang yang menyimpang dari jalan kebenaran. Janganlah
dia dikecam dan disindir.’
Pencapaian Hasan Al-Banna.
Hasan Al-Banna yang
dilahirkan daripada keluarga miskin di sebuah kampong sunyi bernama
Mahmoodiyah, telah syahid di jalanraya terbesar di Kaherah. Pembunuhannya telah
dirancang oleh pihak British, Yahudi dan kerajaan Mesir sendiri. Beliau hidup
hanya selama 43 tahun. Al Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan pada tahun 1928 M.
Oleh Hasan Al Banna di mana dalam masa dua puluh tahun sahaja, beliau telah
membawa pembaharuan kepada masyarakat Mesir yang sedang mengalami kemerosotan
budaya, politik dan agama. Beliau telah mengembalikan masyarakat Mesir ke
landasan Islam semula. Maka berkumandanglah cogan-cogan kata seperti: ‘Mencari
keredhaan Allah ialah matlamat kami’, ‘Al-Quran ialah perlembagaan kam’, ‘Jihad
ialah jalan kami’ dan ‘Syahid di jalan Allah ialah cita-cita kami’.
Adiknya,
Abdur-Rahman Al-Banna menulis mengenai Hasan Al-Banna, Hassan Al Banna suka
bersolah dan berpuasa semenjak kecil lagi. Kami selalu ke masjid untuk
menunaikan solah Isya’. Selepas itu beliau menghadiri majlis Tariqat
Hasafiyah.. Kami beribadat di situ agak lama juga. Ketika itu, tiada seorang
pun orang luar di situ. Waktu malam di situ selalunya sunyi senyap. Yang
kedengaran hanyalah suara orang beribadat.’
‘Berkali-kali Hasan
Al-Banna berkata, ‘Jika kau ingin mencapai kesempurnaan sembahlah Allah sahaja
dan jauhkan daripada menyembah bendabenda lain. Jika kau mencari kebenaran,
maka kau dapati setiap benda lain tidak kekal. Yang kekal hanyalah Allah.’ Imam
Hasan Al-Banna suka kepada orang-orang yang warak dan soleh. Semenjak kecil
lagi beliau suka bergaul dengan mereka. Beliau pernah berkata, ‘Nikmat hidup
yang sebenar boleh didapati melalui pergaulan dengan orang yang soleh.
Merekalah raja, ketua dan bangsawan yang sebenar.’ Imam Hasan Al-Banna adalah
seorang yang sangat pemurah. Amin Ismail seorang anggota Ikhwan telah menyebut
sifat pemurah Hasan Al-Banna: ‘Suatu hari beliau membawa saya menemui seorang
tukang jahit. Beliau telah menyerahkan jubahnya kepada tukang jahit tersebut
untuk dijahit. Kami berjalan melalui sebuah lorong yang sempit dan gelap di
kawasan Al Maghrabeen. Tukang jahit itu bangun dan menyerahkan jubah Hasan
Al-Banna tanpa mengalu-alukan kedatangan kami. Dia terus meminta upah sebanyak
tiga paun. Imam Hasan Al-Banna memberinya lima paun, mengambil jubah tadi dan
bersedia untuk beredar dari situ. Terfikir saya hendak mengambil baki wang dua
paun itu tetapi Hassan Al-Banna menahan saya. Sedarlah saya bahawa Imam Hasan
Al-Banna tidak mahu saya mengambil baki wang: dua paun itu. Dalam perjalanan
pulang, kami bertemu seorang pengemis, Imam Hasan Al-Banna menyuruh saya
memberi satu riyal kepada
pengemis tersebut.
Baru saya tahu bahawa Imam Hasan Al-Banna ada wang sebanyak lima paun saja dan
kesemua wang itu telah diberikan kepada tukang jahit tadi. Kini dia tidak
berwang lagi. Imam Hasan Al-Banna bersifat pemurah sehingga ke akhir hayatnya.’
Seorang anggota Ikhwan terkenal, Bahi Al Khouli ada menyebut mengenai Hasan
Al-Banna: ‘Dalam tahun 1932, beberapa tahun selepas tertubuhnya Al Ikhwanul
Muslimin, Hasan Al-Banna telah ditawarkan satu jawatan tinggi oleh pihak
kerajaan. Tawaran itu dibuat untuk memesongkan fikiran Hasan Al-Banna daripada
usaha dakwah Islamiahnya. Hasan Al-Banna menolak tawaran itu secara kasar dan
pegawai kerajaan yang mengemukakan tawaran tersebut berasa malu. Jika beliau
menerima tawaran tersebut, anak-anaknya sudah tentu akan hidup mewah sehingga
menimbulkan iri hati orang lain. Namun begitu, Imam Hasan Al-Banna tidak
inginkan keuntungan duniawi.’ ‘Pihak British juga menawarkan kepadanya beribu
ribu paun ketika bermulanya Perang Dunia Kedua. Wakil British memberitahu Hasan
Al-Banna bahawa pihak British bersedia memberi wang yang diperlukannya. Hasan
Al-Banna menghalau wakil British tadi yang cuba membeli maruahnya. Akhirnya
British membuat kesimpulan bahawa Hasan Al-Banna tidak dapat dipengaruhi emas
atau perak.’ ‘Al Ikhwanul Muslimin menubuhkan banyak syarikat perdagangan. Imam
Hasan Al-Banna menjadi ahli Lembaga Pengarah kesemua syarikat-syarikat
tersebut. Lantaran itu, beliau juga bersusah payah dalam kerja-kerja pengurusan
syarikatsyarikat tersebut agar semuanya berjalan licin. Pihak Ikhwan cuba
menawarkan gaji dan saguhati kepadanya tetapi beliau selalu menolak sambil
berkata, ‘Saya tidak akan menerima sebarang ganjaran daripada manusia. Saya
akan menerima ganjaran daripada Allah sahaja.’ Beliau menunjukkan satu contoh
yang ulung dalam bidang perdagangan dan perniagaan.’ ‘Pihak musuh telah
melemparkan berbagai tuduhan terhadap Imam Hasan Al-Banna. Di antara tuduhan
tuduhan tersebut ialah:
i) Dia adalah
seorang pengintip upahan dan perasuah;
ii)
Dia menerima bantuan asing berjumlah beribu-ribu paun;
iii)
Dia memiliki banyak kereta dan saham di dalam banyak syarikatsyarikat.’
‘Begitu hebat sekali
tuduhan mereka. Tetapi apabila beliau mati dibunuh oleh musuh-musuhnya, beliau
miskin sekali sehingga beliau tidak mampu memiliki sebuah rumah pun di Kaherah.
Beliau menyewa sebuah rumah dengan membayar 1 paun 80 Qursh sebulan. Ketika
beliau syahid, anak-anaknya tidak mempunyai sumber pendapatan langsung.’ (Al
Imam-us-Syahid).