Pages

Pages

Isnin, 7 Januari 2013

Pengertian Komunikasi Dakwah


Pengenalan
KOMUNIKASI

Apa yang dimaksudkan dengan komunikasi ?

            Komunikasi adalah berasal dari perkataan Inggeris (communication) dan dalam penggunaan biasa bermaksud perhubungan atau sesuatu perkara yang disampaikan. Ia juga berasal dari perkataan Yunan “communicara” yang bermaksud menjadikan sesuatu milik bersama atau mewujudkan persamaan. Selain itu perkataan komunikasi juga  dari berasal daripada perkataan Latin communicare  yang juga bermaksud mewujudkan persamaan. Komunikasi adalah  merupakan satu proses manusia menghantar dan menerima mesej atau , proses dimana manusia berkongsi atau  bertukar-tukar idea, maklumat dan perasaan. Hybels dan Weavers(1922), melihat komunikasi sebagai apa sahaja proses interaksi antara manusia, di mana orang ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat, gerak isyarat atau symbol, dengan tujuan untuk memeberi dan bertukar-tukar maklumat mempengaruhi tingkah laku, merajuk atau pun mengubah keadaan fizikal atau mental mereka.
            
            Kesimpulannya, bolehlah dikatakan bahawa komunikasi adalah satu proses perkongsian makna( yang tediri daripada makumat, idea, perasaan, gambaran, angka ,symbol dan lain-lain) daripada sumber kepada penerima melalui saluran-saluran yang tertentu dengan harapan adanya persamaan pengertian.


 DAKWAH

Apakah yang dimaksudkan dengan dakwah?

Perkataan dakwah berasal daripada bahasa Arab yang mempunyai beberapa pengertian. Pertama, mengikut istilah ahli dakwah ialah meminta tolong, beribadat, menjemput ,mengajak, memanggil, menyeru dan melaung.

Menurut pendapat al-Ghazali, maksud dakwah ialah satu program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.

Dr. Yusuf al-Qardawi pula memberi definisi  dakwah ialah satu usaha membawa orang lain kepada agama Islam , supaya mengikut agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, menghapuskan segala bentuk perhambaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri daripada segala kongkongan yang bukan daripada Allah(taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru menafikan hak ke atas orang orang yang dinafikan hak oleh Allah. Menyeru kepada kebaikan dan menegah kemungkaran, dan berjihad pada jalanNya.

Dr. al- Majid al- Sayyid Nawfal menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan dakwah itu ialah usaha golongan yang mempunyai kemampuan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada sasaran untuk membawa mereka kepada Islam dan  menjauhkan mereka daripada kepercayaan selain kepada Allah dengan cara-cara tertentu.

Manakala, Adam Aluri pula menjelaskan bahawa dakwah ialah memalingkan pandangan dan pemikiran yang berdasarkanakidah, kerana dakwah merupakan satu seruan bagi menyelamatkan manusiadaripada kesesatan yang hampir-hampir mereka terjerumus ke dalamnya.

Dr.Rauf Shalbi menerangkan bahawa dakwah islamiah itu ialah gerakan membawa atau mengubah masyarakatdaripada keadaan kufur kepada keadaan iman, daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang, didunia dan akhirat.

        Daripada pengertian dakwah yang telah di jelaskan oleh beberapa orang tokoh di atas, dapatlah disimpulkan bahawa usaha yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan dengan cara dan pendekatan tertentu untuk membawa manusia kepada keredaan Allah.

KEPENTINGAN KOMUNIKASI DALAM DAKWAH

Kalau di lihat kepada dasar-dasar umum mengenai  ilmu komunikasi dan dasar-dasar umum ilmu dakwah, terdapat satu hubungan yang rapat diantara kedua-duanya. Tetapi yang membezakannya adalah pada maklumat atau mesej dan tujuan. Maklumat komunikasi  ialah menyampaikan apa jua maklumat yang difikirkan perlu sedangkan dakwah menyampaikan maklumat mengenai agama Islam dan tujuannya pula ialah menyampaikan hidayah dan pengajaran untuk kepentingan dunia dan akhirat. Komunikasi menjadi penting   kepada dakwah kerana dalam dakwah umat Islam dikehendaki menyampaikan maklumat penting yang boleh memberi  kekuatan iman dan amal serta mencari kejayaan didunia dan akhirat. faktor – faktor yang menjadikan  kepentingan  komunikasi dalam dakwah bolehlah diketogarikan seperti berikut.

1) Menyampaikan Maklumat /Mesej Berhubung Dengan Sejarah

Maklumat ini dikemukakan dalam bentuk sejarah , penjelasan, contoh teladan dan faedah-faedah  yang didapati. Keadan ini dapat dilihat dalam Al-Quran itu sendiri dari satu sudutnya merupakan kitab sejarah. Firman Allah swt:


ß`øtªU Èà)tR y7øn=tã Nèdr't7tR Èd,ysø9$$Î/ 4 öNåk¨XÎ) îpu÷FÏù (#qãZtB#uä óOÎgÎn/tÎ/ óOßg»tR÷ŠÎur Wèd ÇÊÌÈ  

13. “Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka Dengan benar; Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda Yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka Dengan hidayah petunjuk”.
                                                                                                                                          (Surah Kahfi:13)

         Dalam penjelasan ayat di atas , menceritakan tentang sejarah dan berita yang menjadi maklumat kepada komunikasi dakwah ialah yang berhubung kaitdengan urusan keduniaan dan akhirat, sama ada yang telah berlaku, sedang berlaku atau akan berlaku.

          Selain daripada satu kepentingan yang telah dinyatakan tadi, terdapat kepentingan –kepentingan lain dalam kepentingan komunikasi dalam dakwah. Antaranya adalah:

2) Menyampaikan Maklumat Atau Mesej.

Menyampaikan maklumat atau mesej adalah merupakan salah satu kepentingan dalam komunikasi dakwah. Ini bertujuan supaya segala maklumat ataupun isi yang ingin disampaikan oleh para pendakwah sampai kepada pendengar. Keadaan sekarang kita boleh lihat, dimana fahsha dan mungkar berlaku secara terang-terangan. Manusia leka dan lalai di bawa hanyut oleh arus kemodenan zaman menyebabkan mereka ini tergolong dalam golongan orang yang jauh dari agama. 

         Ini yang mambimbangkan kita pada zaman sekarang. Timbul persoalan mengapa ini semua berlaku? Ini berlaku tidak lain tidak bukan disebabkan ilmu yang berkaitan dengan agama belum sampai kepada mereka. Jadi, ini adalah tanggungjawab orang yang fakih dalam bidang agama untuk sampaikan maklumat kepada mereka.

3) Mengenali Sasaran.

Menganali sasaran juga merupakan salah satu kepentingan dalam komunikasi. Ini kerana, dalam kita berdakwah, penting untuk kita mengenali siapakah sasaran kita. Mengapa dikatakan mengenali sasaran itu penting? Kerana bilamana kita mengetahui sasaran kita, maka mudahlah bagi kita untuk membuat persiapan ataupun mengatur strategi dalam dakwah. Dengan secara langsung, ia akan memudahkan kerja para pendakwah ini untuk mentarbiah masyarakat dalam usaha untuk mengembangkan ajaran islam.

4) Mendidik Dan Menasihati.

Selain itu juga, mendidik. Ini juga adalah salah satu kepentingan komunikasi dalam dakwah. Bilamana komunikasi berlaku diantara pendakwah dan pendengar, disitulah wujudnya peluang dan ruang untuk sipendakwah mendidik dan menasihati para pendengarnya. Di sinilah pendakwah boleh mentarbiahkan si pendengar untuk menjadi lebih baik dan arif dalam bidang agama. Ini boleh diumpamakan antara murobbi dan mutarobbi.   Kita boleh ambil contoh pada zaman mujaddid islam iaitu Hassan Al-Banna, beliau ini telah mentarbiah golongan yang suka minum arak, berjudi, berzina dan lain-lain. 

           Mereka ini ditarbiah dengan bersungguh-sungguh, daripada tidak tahu memnunaikan solat, tahu untuk menunaikan solat dan hingga suatu masa mereka ini arif dan bijak dalam agama sampai kesuatu tahap golongan ini pandai dan lantang berhujjah dan berpidato. Inilah yang harus di aplikasi oleh para pendakwah pada zaman sekarang melalui pendidikan dan menasihati.

5) Menghibur.

Dalam kita berkomunikasi juga, menghiburkan hati para pendengar juga penting untuk menghilangkan rasa bosan dikalangan pendengar. Ini membolehkan para pendengar lebih seronok atau lebih minat untuk mendengar ceramah. Bilamana para pendengar tidak bosan mendengar ceramah, maka mudahlah bagi mereka untuk menerima apa yang kita sampaikan. Bagaimana hiburan ini boleh wujud dalam komunikasi? Ini wujud bilamana para pendakwah memasukkan unsur jenaka didalam ceramah mereka. Ini boleh menarik minat para pendengar dalam ceramah. Inilah sebab mengapa menghiburkan para pendengar di masukkan dalam kepentingan berkomunikasi dalam dakwah.  

6) Memupukkan Kasih Sayang.

Memupuk rasa kasih sayang juga adalah penting dalam komunikasi. Tanpa wujudnya perasaan kasih dan sayang dikalangan pendakwah dan pendengar adalah mustahil bagi pendakwah untuk menyampaikan mesej kepada pendengar. Lantaran itu, pandangan masyarakat kepada si pendakwah juga akan menyimpang. Sebagai contoh, pada zaman Rasulullah, ketikamana baginda berkomunikasi dengan sahabatnya, maka wujudlah mahabbah dikalangan mereka. Dengan asbab itu, islam mudah tersebar dengan luas dengan sifat kasih sayang baginda.

7) Mewujudkan Hubungan Yang Berkekalan.

Oleh kerana pendekatan ini menekankan asas perhubungan secara individu, seseorang Dai’e itu lebih mengenali madu’unya secara peribadi. Bukan sekadar mengenali dirinya, keluarganya ,rakan-rakannya malah persekitarannya.Dengan ta’aruf yang mendalam ini ia bukan hanya membantu memudahkan dakwah malah mewujudkan silaturrahim yang lebih berkekalan.

                                                                  KESIMPULAN

         Antara tuntutan agama yang mesti dilaksanakan oleh setiap orang Islam ialah dakwah. Tuntutan ini adalah disebabakan kerana dakwah itu merupakan satu keperluanbagi manusia seluruhnya. Keperluanini bukan semata-mata atas kepentinga akhirat, tetapi juga atas kepentingan hidup di dunia ini.

Jika di lihat kepada dasar-dasar umum mengenai  ilmu komunikasi dan dasar-dasar umum ilmu dakwah, terdapat satu hubungan yang rapat diantara kedua-duanya. Tetapi yang membezakannya adalah pada maklumat atau mesej dan tujuan. Maklumat komunikasi  ialah menyampaikan apa jua maklumat yang difikirkan perlu sedangkan dakwah menyampaikan maklumat mengenai agama Islam dan tujuannya pula ialah menyampaikan hidayah dan pengajaran untuk kepentingan dunia dan akhirat.

Komunikasi menjadi penting kepada dakwah kerana dalam dakwah umat Islam dikehendaki menyampaikan maklumat penting yang boleh memberi  kekuatan iman dan amal serta mencari kejayaan didunia dan akhirat. Terdapat beberapa  faktor yang menjadi  kepentingan dalam komunikasi  dakwah untuk menarik perhatian mad’u untuk lebih senag untk menerima dakwah yang disampaikan oleh para da’ie kepada mereka. Komunikasi yang berkesan amat memberikan kesan yang baik dalam penerimaan sesuatu maklumat terutamanya maklumat yang berkaitan dengan dakwah.
            
Oleh itu, sebagai bakal pendakwah ataupun pemimpin di masa hadapan, kita seharusnya lebih bersedia untuk mengahadapi segala cabaran yang mendatang. Kebijaksanaan dalam berdakwah harus ada dalam diri kita, agar dapat memudahkan para mad’u untuk menerima dakwah yang kita sampaikan kepada mereka.
                                                 
                                           BIBLIOGRAFI

1.)    Pengantar Dakwah Islamiah, Ab . Aziz bin Mohd Zain,terbitan Universiti Malaya, cetakan 1997.
2.)     Metodologi Dakwah, Ab . Aziz bin Mohd Zain, terbitan Universiti Malaya, cetakan kedua,2004.
3.)    Komunikasi Antara Manusia,Hashim Fauzy Yaacob, terbitan Universiti Teknologi Malaysia Skudai Joor Darul Ta’zim, cetakan pertama 2001.
4.)    www. I luv islam .com/kepentingan komunikasi dakwah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan