|
|
Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita,
apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah
yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui
nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita
sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal
Contoh: 12 April 1974 12 + 4 + 1974 = 1990 1 + 9 + 9 + 0 = 19 1 + 9 = 10 1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1) Keterangan nombor lahir -=-=-=-=-=-=-=-=-=-=- 1. Ketulenan - Hadir dengan idea baru. - Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. - Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. - Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. - Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach 2. Pendamai - Dilahirkan sebagai diplomat. - Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. - Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. - Mereka tidak suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. - Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart. 3. Ceria - Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. - Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. - Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. - Mereka sangat popular dan idealistik. - Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster 4. Konsevatif - Golongan ini sangat peka dan tradisional. - Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. - Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. - Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. - Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. - Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. - Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan 5. Perintis - Mereka adalah perintis. - Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). - Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. - Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. - Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. - Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil. 6. Romantik - Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. - Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. - Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. - Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. - Mereka suka seni musik. - Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. - Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn 7. Intelektual -Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. - Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. - Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. - Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. - Mereka sangat suka berahsia. - Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana 8. Penyelesaian - Golongan ini adalah penyelesaian masalah. - Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. - Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. - Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. - Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. - Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus. 9. Pelakon - Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. - Mereka sangat penyayang dan pemurah. - Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. - Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. - Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. - Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). - Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley. |
Pages
▼
Pages
▼
Sabtu, 2 Februari 2013
. : Kelebihan dan Kebolehan Melalui Tarikh Lahir : .
Taubat Seorang Peminum Arak
Pada suatu hari, Khalifah Umar ibni Khattab
berjalan-jalan di lorong-lorong dalam kota Madinah. Apabila sampai di
persimpangan jalan, beliau terserempak dengan seorang pemuda yang membawa
kendi. Ini menimbulkan sangkaan buruk Umar terhadap pemuda itu. Lantas Umar
menyoal, "Apa yang engkau bawa itu?" Dalam keadaan ketakutan pemuda
itu terketar-ketar menjawab, "Madu, wahai Umar.." Sebenarnya pemuda
itu sedang membawa kendi arak.
Selepas
berkata demikian, timbul perasaan insaf di hatinya untuk bertaubat dari minum
arak. Dia menyesal melakukan perbuatan yang ditegah agama. Dia benar-benar
berharap sambil berdoa supaya Khalifah Umar tidak memeriksa isi kendi itu.
Namun Khalifah Umar tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh
pemuda itu; lalu mengambil kendi itu untuk diperiksa.
Doa
pemuda itu dikabulkan Allah. Apabila diperiksa, Baginda Umar dapati di dalamnya
terdapat madu. Allah menukarkan arak menjadi madu. Dengan demikian pemuda
itu terselamat dari tindakan Khalifah. Semenjak peristiwa itu, pemuda itu
bertaubat dan berjanji tidak akan meminum arak lagi.
MORAL & IKTIBAR
- Allah
Taala sentiasa memperkenankan doa orang yang bertaubat ikhlas
kepadaNya
- Setiap
pemimpin mestilah bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan oleh rakyat
yang dipimpinnya.
- Setiap
pemimpin akan disoal mengenai kepimpinannya
Semerbak Iman Masyitah
Bercakap fasal iman, saban tahun kita mendengar peristiwa
'israk dan mikraj' khususnya tentang kehebatan iman Masyita, tukang sisir
rambut anak Firaun.
Firaun menjadi sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya
dan kehebatan pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir. Dia mengaku sebagai tuhan
yang agung dan memusuhi sesiapa saja yang bertuhankan selain dirinya.
Malahan dia akan membunuh mereka yang tidak mengaku Firaun sebagai tuhan.
Masyita walaupun bekerja di istana Firaun, namun di dalam
hati kecilnya tetap bertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga
yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku
dirinya sebagai Tuhan. Kepercayaan ini dirahsiakannya supaya tidak
diketahui oleh Firaun dan sekutunya.
Pada suatu hari, sedang dia menyisir rambut anak Firaun, sikat
di tangannya terjatuh. Masyita terlatah dan berkata "Mampus Firaun! "
Apabila anak Firaun mendengar kata-kata penghinaan terhadap bapanya, dia
berkata, "Kenapa kau berkata begitu terhadap bapaku? Adakah tuhan lain selain bapaku?"
"Memang benar! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah
Allah." Mendengar kata-kata itu, anak Firaun
menjadi marah. "Baik kamu bertaubat, kalau tidak aku akan beritahu
bapaku." Masyita bertegas dan mengatakan, "Pergilah kau beritahu bapa
kau. Aku tetap dengan pendirianku bahawa tuhan yang sebenarnya ialah
Allah."
Sebaik saja Firaun diberitahu oleh anaknya tentang
Masyita, dia menjadi murka dan memanggil Masyita. Dia bertanya sama ada benar
apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Masyita tetap mengatakan Tuhannya ialah
Allah. Firaun mengugut untuk membunuh Masyita dan keluarganya sekiranya dia
tidak mengubah pendiriannya.
Keesokannya keluarga Masyita dibawa ke satu tempat
lapang, berhadapan dengan sebuah kawah besar yang berisi dengan minyak yang
sangat panas. Firaun hendak memasukkan kesemua keluarga Masyita termasuk
anaknya yang masih kecil ke dalam minyak panas sekiranya Masyita tidak mengaku
Firaun sebagai tuhan. Keimanan Masyita tidak luntur meskipun berhadapan dengan
ancaman maut.
Melihatkan iman Masyita yang tidak berganjak, Firaun
menyuruh askarnya mencampakkan keluarga Masyita seorang demi seorang ke dalam
kawah yang besar itu. Apabila sampai giliran anaknya yang kecil, perasaan
Masyita menjadi belas dan sebak. Hati siapa tidak sedih melihatkan anak yang
disayangi akan dilontar ke dalam kawah yang membuak-buak dengan minyak panas. Masyita meminta supaya dia dicampakkan dulu sebagai ganti
kepada anaknya. Tiba-tiba dengan kuasa Tuhan, anaknya yang kecil itu membuka
mulut dan berkata, "Ibu, jangan bersedih. Teruskan! Biarkan saya dicampak
ke dalam kawah itu." Masyita dan orang-orang di sekeliling terperanjat
melihat seorang bayi boleh berkata-kata.
Mendengar kata-kata anaknya itu, Masyita menjadi semakin
yakin dan tabah. Dia menghulurkan anaknya untuk dicampakkan ke dalam kawah. Tanpa belas kesihan askar Firaun terus melontarkan anak
Masyita ke dalam minyak panas. Selepas itu barulah Masyita dibawa ke tepi kawah
yang panas itu lalu dicampakkan ke dalamnya.
Demikianlah hebatnya Masyita mempertahankan kebenaran
aqidah sehingga dia dan keluarganya terkorban dibunuh oleh Firaun. Keberanian
seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati
setiap tahun oleh seluruh manusia. Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi sampai di
satu tempat yang sangat harum. Malaikat Jibril menerangkan bahawa tempat itu
ialah tempat bersemadinya Masyita dan keluarganya.
Awas! Mana-mana pemimpin yang bongkak dan mengaku
kehebatannya sebagai pemimpin, takbur, sombong dan berlagak sebagai superman
yang kuku besi, nyatalah ciri-ciri Firaun yang terkutuk itu sudah diwarisinya. Nauzubillah!
MORAL & IKTIBAR
- Orang yang
mengorbankan jiwa dan raganya demi menegakkan kebenaran diberikan
kedudukan yang tinggi di sisi Allah.
- Bukan lelaki
saja yang mempunyai semangat yang kental dan tinggi dalam memperjuangkan
kebenaran. Golongan wanita yang dianggap kaum yang lemah juga mempunyai
keberanian dengan izin Allah
- Allah
menetapkan hati hamba yang mencari keredhaanNya sehingga seorang bayi
mampu bercakap dalam usia yang paling muda. Anak Masyita adalah salah
seorang bayi yang boleh bercakap semasa kecil lagi. Contoh lain ialah anak Siti Mariam yang menafikan ibunya melahirkan
anak haram.
- Orang yang Allah tidak kehendaki keimanannya dibiarkan mereka hidup
dalam kezaliman sehingga menyangka keburukan sebagai kebaikan dan kebaikan
pula dipandang sebagai kejahatan.
- Manusia jangan menyangka mereka mudah saja dibalas dengan syurga
selagi tidak diduga dengan pelbagai musibah dan kesusahan.
- Dunia adalah tempat bersusah-payah, manakala akhirat ialah tempat
kesenangan abadi.
- Prinsip dan pegangan hidup orang tua-tua, "Bersusah-susah dahulu,
bersenang-senang kemudian" seharusnya dijadikan pedoman hidup bagi
kita.
- Manusia yang senang kehidupannya tanpa diduga oleh Allah belum lagi
diiktiraf keselamatannya di akhirat
- Kesenangan di dunia belum boleh dijadikan bukti sebagai tanda Allah
menyayangi mereka. Begitu juga kesusahan di dunia bukan menjadi
bukti bahawa Allah membenci mereka.